Thursday 9 April 2020

Subang Parade 1986,

Subang Parade ketika sedang dibina sekitar tahun 1986-1987, ketika siap 1988 dan ketika zaman kegemilanganya pada 1990an. Parkson Department Store membuka gedung ke-2nya di Malaysia pada tahun 1987, setahun sebelum pusat membeli belah Subang Parade ini dibuka secara rasminya pada 13 Ogos 1988.

Subang Parade pernah memenangi anugerah Pusat Membeli Belah Terbaik Tourism Malaysia dalam tahun 1991 selepas 3 tahun pembukaannya.  

Subang Parade merupakan kompleks membeli belah yg pertama di Subang Jaya ketika itu. Pembinaan bangunan ini dahulu melibatkan kontraktor syarikat gergasi seperti, Bina Goodyear-Seloga Jaya JV, Bumi Hibiya, Sime UEP,  L&M dan banyak lagi. 

Kompleks membeli belah ini terletak berhampiran Wisma Consplant yang dahulunya dikenali sebagai Wisma Tractors sehingga 1995. 

Subang Parade dirasmikan oleh Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah pada Mac 1988.
Sumber FB Sahabat Shah Alam

No comments:

Post a Comment