Negeri Perak terkenal sebagai sebuah negeri yang mempunyai kekayaan seni bina binaan baik bangunan-bangunan kerajaan, rumah-rumah ibadat mahupun kediaman. Ianya banyak dipengaruhi juga hasil percampuran dengan pengaruh suku-suku seperti Bugis, Rao, Banjar, Cina serta Inggeris yang datang berhijrah, berniaga dan mentadbir di Perak.
Kali ini orangperak.com ingin menyentuh mengenai warisan seni bina yang hanya terdapat di negeri Perak namun semakin dilupai iaitu Rumah Kutai supaya semua orang terutama generasi kini serta rakyat negeri Perak lebih mengetahui mengenai sejarah seni bina Rumah Kutai ini.
Senibina warisan Rumah Kutai ini hanya boleh didapati di negeri Perak Darul Rizuan dan tiada di negeri-negeri lain. Maksud Rumah Kutai atau juga disebut Kotai adalah lama atau tua dan tidak dapat dinafikan bahawa Rumah Kutai adalah merupakan satu-satunya jenis Rumah Melayu Tradisional di Negeri Perak yang masih didiami oleh penduduk tempatan sejak lebih 200 tahun dahulu dan sehingga kini ia masih berdiri megah di atas muka bumi.
Namun begitu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa penduduk tempatan Perak terutama generasi kini tidak mengetahui adanya Rumah Kutai iaitu rumah lama di Negeri Perak, apatah lagi bagi orang-orang luar dari Negeri Perak.
Keunikan Rumah Kutai ini adalah dari segi kehalusan ukiran yang terdapat pada pintu, bukaan tingkap, dinding dan penggunaan tanggamnya yang pelbagai. Ianya turut diperkuatkan lagi dengan kisah lama yang tersimpan sejak dahulu berkaitan dengan sejarah pembinaan dan penghuni rumah berkenaan.
Fakta: orang perak.com
No comments:
Post a Comment