Wednesday, 28 December 2016

Sekolah Kebangsaan Chini 2-SKCD 1979

Seawal 6.30 pagi, ibuku akan kejutkan aku untuk ke sekolah. Setiap pagilah aku di dukung di bawa ke bilik air untuk mandi. Dipersiapkan juga air hangat jerangan ibuku seawal pagi. Dulunya tiada elektrik, tiada dapur gas. Minyak gas menjadi bahan bakar pada ketika itu. Nyalaan pelita minyak tanah meneragi kegelapan rumahku, air telaga menjadi sumber utama keluargaku. 

Sekolah Kebangsaan Chini 2 adalah sekolah kebanggaan aku. Disinilah mula-mula aku mengenal abjad dan nombor. Disinilah bermulanya alam persekolahanku yang penuh dengan suka duka. Kelas aku 1 Nuri. Cikgu kelas aku adalah cikgu Nik. (Dah lupa nama penuhnya). Setiap pagi, arwah ayahku akan menghantar aku ke sekolah. Seawal pagi kayuhan basikalnya itu sehingga ke kedai Hj. Hadi untuk sarapan pagi. Menu sarapan pagi yang menjadi pilihan adalah nasi lemak ayam. Cukup mengenyankan aku. Minum pulak dalam piring agar cepat sejuk. Langsung kayuhan basikal terus ke sekolah untuk menghantar aku. Pegangan erat tanganya membawa aku ke kelas 1 Nuri. Mulai mataku mengalirkan air tangisan yang sebak sekiranya tidak lagi kelihatan ayahku. Fikiranku mulai resah gelisah. Perut yang sudah kenyang juga mulai sakit menahan pangilan alam. Apakan daya, ayahku perlu pergi ke ladang pula untuk mencari rezeki keluarga. Sepanjang hari, hatiku sedih ditinggalkan HERO hatiku. Apa yang diajar oleh cikgu sepanjang hari hanya masuk kiri keluar kanan. Pemadam papan hitam selalu melayang dimukaku. Kesakitan yang aku hadapi tidaklah tersiksa ditinggalkan oleh ayahku. Aku sedih sepanjang hari.

Oleh kerana sikapku yang terlalu manja menyebabkan aku tidak boleh langsung berjauhan dengan ayahku sehingga suatu ketika aku ditempatkan di Kelas Pemulihan. Aku langsung tidak boleh membaca dan mengira. Setiap hari 1-2 jam aku ditempatkan di Kelas Pemulihan. Kelas yang berdindingkan pohon kayu, beratap nipah, berlantaikan hanya tanah.Cikgu yang paling digeruni pada ketika itu adalah Cikgu Megat. Pada ketika itu rakan pemulihanku hanya 5 orang. Masih aku ingat lagi nama mereka iaitu Afendi, Maziana, Norhayati, fauziah dan aku. Amat rendahnya hati aku bila menuju ke kelas pemulihan bersama rakanku. Apa boleh buat, tidak mengenal abjad apatah lagi takut untuk membuka mulut.

Masa pulang sudah tiba. Mataku jauh merenung kelibat ayahku atau ibuku yang menunggu aku di luar pagar. Mulai ceria tersenyum sekiranya kelibat salah seorang dari mereka kelihatan. Kayukan basikal oleh ayahku yang kepenatan dari ladang bergegas untuk menjemputku pulang dari sekolah. Pelahan kayuhanya itu sehinggalah kami tiba di rumah.
Gambar terkini 10.12.2016- Perjumpaan Alumni x-SKCD 1979


Terima kasih abah dan mak yang tak pernah jemu mendidik, menjaga, membesarkan kami. Hanya Al-Fatihah selepas solat yang hanya mampu aku kerimkan buat mereka. Semoga arwah ayahku dicucuri rahmat dan di tempatkan dengan orang solehin dan ibuku dipanjangkan umur, di murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih juga pada cikgu- cikgu yang tidak jemu mengajar aku sehingga ke saat ini. Terima kasih cikgu Megat, kerana kebengisanmu aku mengenal abjad dan nombor. Al- Fatihah untuk semua cikgu-cikguku, semoga ilmu ini akan menjadi bekalan dan membawa berkat.


Cikgu Megat dan Isteri -2016 

No comments:

Post a Comment