1990- Tiap kali arwah abah pesan untuk beli rokok, ini lah pilihan dia. Masa itu aku tidak dapat nak bezakan kelainan rokok. Aku sangkakan perbezaanya hanya pada jenamanya sahaja tapi aku silap. Rupanya jenama yang sama tak semestinya rasa yang sama. Ilmu baru yang aku berajar dari arwah abah. Apa yang aku beli, Perilly's hijau. Setibanya aku di rumah, arwah abah senyum mintak aku kembali semula ke kedai dan mintak Perilly's hitam. Rupanya inilah Perilly's hitam yang dimaksudkan arwah abah. Penat kayuh basikal BMX aku berulang kali, tapi yang pastinya ada ilmu yang arwah abah cuba bisikan.
Walaupun dia perokok, dia tidak mahu lihat anak-anaknya merokok.
Walaupun sama-sama faham tapi kadang-kadang tidak sependapat.
Walaupun saiz rokok ini ada pendek ada panjang tapi ianya ada kelebihan masing-masing.
Abah, walaupun abah tidak boleh membaca, anak-anak abah semuanya boleh membaca, boleh membezakan yang baik atau yang buruk. Terima kasih abah. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga Allah memberkati bakti dan amal jariah sepanjang usia abah.
Alhamdulilah, dapat juga aku simpan Papan Ikalan Perilly's 25 ini sebagai kenangan aku bersama arwah abah.
No comments:
Post a Comment