Menurut cerita mak, kehidupan kami di Perak amat memilukan. Seorang dari kakak aku dipelihara oleh tok. Dengan kesempitan hidup dan ditambah lagi dengan perpisahan mak abah dengan anaknya amat menyentuh hati. Mak selalu cakap, ibu mana tidak sayangkan anak. Tetapi keadaan memaksa untuk mereka buat demikian. Bermulalah penghijrahan yang besar dalam kehidupan kami sekeluarga. Tanpa pengetahuan tok, mak abah telah membuat keputusan ini.
Penghijrahan kami dari Perak hanya dibekalkan dengan RM 50.00 sahaja. Hanya membawa sedikit keperluan pakaian dan buaian aku sahaja. Masa itu, keretapi menjadi pilihan kerana kosnya yang agak murah. Perjalanan dari Taiping menuju ke Segamat. Sepanjang perjalanan pelbagai cabaran yang ditempuh sehingga mak abah menahan kelaparan agar kami anak-anak dapat makan dengan hanya duit yang ada di tangan.
Setibanya di Segamat, kami mulakan kehidupan kami di Bukit Ibam. Mak abah hanya bekerja astet sahaja. Alhamdullilah, kami berjaya berhijrah untuk mengubah nasib ke arah yang lebih baik lagi. Tahap kesihatan aku tidak begitu baik kerana mengalami penyakit Lelah. Pembesaranku banyak habiskan masa di Hospital Muadzam. Mak abah teruskan juga perjalanan hidup untuk membesarkan kami 3 beradik.
Kemudian, kami berpindah pula di Astet Lamson. Mak abah masih bekerja di astet lagi. Demi untuk menyara kehidupan keluarga, abang dan kakak sudah mulai bersekolah. Seawal pagi mereka menaiki lori sawit untuk ke sekolah. Tiba sahaja di sekolah, mereka dibasahi embun yang ada di pokok sawit sepanjang laluan itu. Aku pula dihantar ke rumah pengasuh. Kehidupan ini amat perik jika difikirkan begitu namun disebalik keperitan itu Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik. Sempat juga mak menebuk lubang pada pintu untuk menyimpan duit gajinya tanpa pengetahuan abah sebagai belanja kecemasan.
No comments:
Post a Comment