Friday, 30 December 2016

Mata TAJAK Yang Tumpul


Rumah FELDA yang serba kekurangan tetap kami diami. Rumput lalang setinggi pokok jagung. Apa yang ada pada jiran-jiran hanya parang, TAJAK dan cangkul. 

Thursday, 29 December 2016

Lampu Pelita Menerangi Kami Di FELDA

Dulu sewal tahun 1982, bila pindah Felda semuanya serba kekurangan. Rumah yang tidak berdinding, apatah lagi tingkap dan pintu. Walaupn begitu keadanya, kami sekeluarga tetap bersyukur atas ketentuan ilahi.

Menurut cerita mak, kehidupan kami di Perak amat memilukan. Seorang dari kakak aku dipelihara oleh tok. Dengan kesempitan hidup dan ditambah lagi dengan perpisahan mak abah dengan anaknya amat menyentuh hati. Mak selalu cakap, ibu mana tidak sayangkan anak. Tetapi keadaan memaksa untuk mereka buat demikian. Bermulalah penghijrahan yang besar dalam kehidupan kami sekeluarga. Tanpa pengetahuan tok, mak abah telah membuat keputusan ini.

Penghijrahan kami dari Perak hanya dibekalkan dengan RM 50.00 sahaja. Hanya membawa sedikit keperluan pakaian dan buaian aku sahaja. Masa itu, keretapi menjadi pilihan kerana kosnya yang agak murah. Perjalanan dari Taiping menuju ke Segamat. Sepanjang perjalanan pelbagai cabaran yang ditempuh sehingga mak abah menahan kelaparan agar kami anak-anak dapat makan dengan hanya duit yang ada di tangan.

Setibanya di Segamat, kami mulakan kehidupan kami di Bukit Ibam. Mak abah hanya bekerja astet sahaja. Alhamdullilah, kami berjaya berhijrah untuk mengubah nasib ke arah yang lebih baik lagi. Tahap kesihatan aku tidak begitu baik kerana mengalami penyakit Lelah. Pembesaranku banyak habiskan masa di Hospital Muadzam. Mak abah teruskan juga perjalanan hidup untuk membesarkan kami 3 beradik.

Kemudian, kami berpindah pula di Astet Lamson. Mak abah masih bekerja di astet lagi. Demi untuk menyara kehidupan keluarga, abang dan kakak sudah mulai bersekolah. Seawal pagi mereka menaiki lori sawit untuk ke sekolah. Tiba sahaja di sekolah, mereka dibasahi embun yang ada di pokok sawit sepanjang laluan itu. Aku pula dihantar ke rumah pengasuh. Kehidupan ini amat perik jika difikirkan begitu namun disebalik keperitan itu Allah akan memberi sesuatu yang lebih baik. Sempat juga mak menebuk lubang pada pintu untuk menyimpan duit gajinya tanpa pengetahuan abah sebagai belanja kecemasan.


Lantaran hikmah disebalik keperitan sepanjang perjalanan penghijrahan itu, rezeki mak abah telah ditawarkan untuk menyertai FELDA. Disinilah bermulanya kisah sang PELITA yang menerangi kami sekeluarga walaupun sederhana. Alhamdulilah.


Barang Antik TANPA Nama





Diperbuat dari tembaga. Ada tulisan jawi pada permukaan depan. Masih belum dapat kepastian apakan nama, fungsi dan berasal dari mana. Namun ianya sangat unik dan menarik sebagai barang ANTIK.

Kunci Antik

1950. Kunci Antik ini diperolehi di Teluk Intan. Menurut pemilik asal, kunci ini digunakan di penjara, Balai Polis Teluk Anson satu ketika dahulu. Kebenaran fakta ini masih belum dapat dibuktikan. Yang pastinya kunci ini memang "rare"


Balai Polis Teluk Anson

Wednesday, 28 December 2016

Dapur Gaslen 1960 - Jenama Optimus (Made in Sweden)


Dapor Gaslan ini diperbuat daripada tembaga. Menggunakan minyak tanah sebagai bahan pembakar. Fungsinya seperti lampu gaslen. Tahun 1960.


Sekiranya menonton filem "Ibu Mertuaku" boleh lihat Kasim Selamat yang berada di bawah kolong menggunakan dapur ini dalam lakonanya. 






"FEDERATION OF MALAYA POLICE" Budge.

FEDERATION OF MALAYA POLICE ini ditubuhkan selepas Perang Dunia ke-2. Sekitar tahun 1946- 1948. Ianya dibawah pengurusan pihak British untuk memastikan semua bekalan makanan dan urusan harian bebas dari ancaman tentera Jepun sehinggalah ancaman Komunis.

Sumber rujukan: The History of Royal Malaysian Police

Tontonlah filem melayu klasik
- Bukit Kepong
- Sarjen Hasan






PLAYER NAVY CUT: Habu Rokok 1950

PLAYER NAVY CUT ini adalah jenama rokok yang terlaris pada tahun 1960. Ada rokok tapi tidak ada habu rokoknya tidak memberi makna kepada perokok. Bagai aur dengan tebingnya. Saling memerlukan. Perokok yang beretika akan menggunakan bekas habu rokok setiap kali mengisap rokok.

Diperbuat dari Aluminium berukuran 15cm diamiter. Masih cantik. Old Skool.Tahun 1950 hingga ke 1970.



Perilly's: Papan Iklan 1990 (25 batang)


1990- Tiap kali arwah abah pesan untuk beli rokok, ini lah pilihan dia. Masa itu aku tidak dapat nak bezakan kelainan rokok. Aku sangkakan perbezaanya hanya pada jenamanya sahaja tapi aku silap. Rupanya jenama yang sama tak semestinya rasa yang sama. Ilmu baru yang aku berajar dari arwah abah. Apa yang aku beli, Perilly's hijau. Setibanya aku di rumah, arwah abah senyum mintak aku kembali semula ke kedai dan mintak Perilly's hitam. Rupanya inilah Perilly's hitam yang dimaksudkan arwah abah. Penat kayuh basikal BMX aku berulang kali, tapi yang pastinya ada ilmu yang arwah abah cuba bisikan.

Walaupun dia perokok, dia tidak mahu lihat anak-anaknya merokok.
Walaupun sama-sama faham tapi kadang-kadang tidak sependapat.
Walaupun saiz rokok ini ada pendek ada panjang tapi ianya ada kelebihan masing-masing.
Walaupun dia mintak tukarkan semula rokok yang salah, janganlah kita membantah.


Abah, walaupun abah tidak boleh membaca, anak-anak abah semuanya boleh membaca, boleh membezakan yang baik atau yang buruk. Terima kasih abah. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga Allah memberkati bakti dan amal jariah sepanjang usia abah.

Alhamdulilah, dapat juga aku simpan  Papan Ikalan Perilly's 25 ini sebagai kenangan aku bersama arwah abah.



BENSON & HEDGES- Promosi Special Filter 1980

Papan Iklan 3D ini dikeluarkan apabila rokok jenama BENSON & HEDGES membuat promosi "Special Filter" 1980. Semua kedai yang menjual jenama ini dapat untuk diletakan di sudut yang bersesuaian di kedai. Diperbuat dari card board yang disaluti kertas timah pembalut seperti kelihatan sebungkus rokok bersaiz sebenar tetapi dibesarkan skalanya. Sangat unik dan menarik.








MARLBORO- Papan Iklan

Papan iklan ini memang "rare" dalam tahun 1980. Setiap kedai rokok yang menjual rokok Marlboro ini pasti akan dapat dari pembekal rokok untuk diletakan samada di kaunter bayar atau dilekatkan di hadapan kedai.



My Sketch "Rumah Tradisional Melayu"


Sketch aku ne tidak ada nilai seperti pelukis yang ada di luar sana tapi nilainya pada senibina yang digambarkan di situ. "Rumah Tradisional Melayu". Aku bangga dengan senibina rumah-rumah tradisional ini kerana banyak keunikanya di setiap sudutnya. Kesungguhan dan ketelitian tukang kayu amat dikagumi. Semoga ada jenerasi baharu yang setangding tukang kayu ini walaupun tidak mempunyai alat pertukangan yang moden seperti sekarang.




Paip Tembakau Antik 1950

Tukang kayu dulu-dulu buat rumah saja. Orangnya sangat berseni dan teliti. Kebiasaanya selepas menuai padi, masa inilah yang paling sesuai menerima tempahan dari tuan rumah untuk menjalankan aktiviti pertukangan ini.

Setelah aktiviti pertukangan ini selesai dilakukan, masih ada masa lagi sementara menunggu masa yang sesuai untuk menanam padi. Masa inilah yang digunakan untuk melakukan pelbagai kerja-kerja kesenian tangan. Lantaran itu, terhasilah Paip Tembakau. Lagak seperti bangsawan sambil duduk di anjung merenung jauh ke hadapan memikirkan apa yang akan berlaku dengan nasibnya, atau mengimbas kenangan silam.

Dialah si Tukang Kayu dengan Paip Tembakau yang menjadi kemegahanya. Tahun 1950.





Lampu Basikal Tua 1960

Lampu Basikal Tua ini menggunakan kuasa beteri untuk menyalakan mentolnya. Saiz bateri AA digunakan sebanyak 2 biji. Buatan dari China. Ianya diperbuat dari aluminium. Lampu Basikal Tua ini tidaklah terlalu lama namun ianya menjadi pilihan kerana harganya yang murah dan mudah diperolehi.



Cucuk Sanggul Peranakan

Cucuk Sanggul ini merupakan barangan hiasan yang ada pada wanita bangsawan pada ketika itu. Diperbuat dari tembaga merah bertahtakan batu nilam yang mungkin usianya melebihi separuh abad. Menurut pembacaan dari segi rekabentuknya dan batu yang ada padanya, ia dihasilkan pada awal 1950.


Kereta Antik DYMM Sultan Selangor


Syukur pada Allah atas kesempatan ini dapat bergambar dengan Kereta Jaguar Antik milik DYMM Sultan Selangor. Minat yang sama memiliki barangan antik yang mendorong untuk aku meneruskan usaha sebagai Saudagar Antik.






Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor