Monday, 23 January 2017

“KETAM KAYU” ALAT PERTUKANGAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Jika kita menyusuri dari “anjung” atau “serambi” sehinggalah ke “dapur”, terdapat pelbagai rekabentuk yang terpahat di dinding-dinding dan ruang-ruang terpilih bagi memberi semangat kepada senibina tersebut. Ukiran-ukiran ini tentulah dihasilkan dengan bantuan alat-alat pertukangan tersebut diantaranya adalah “Ketam Kayu”.

Rumah melayu tradisional yang terdapat sekitar pelusuk Malaysia diperbuat daripada bahan asas utamanya seperti kayu, buluh dan rotan tidak dapat lari daripada penggunaan alat-alat pertukangan ini bagi membolehkan sesuatu binaan rumah tradisional itu terbina. Kewujudan beberapa evolusi yang terkemudian menyebabkan orang-orang melayu telah memiliki pelbagai bentuk rumah, termasuklah rumah bumbung panjang yang dipengaruhi oleh unsur-unsur  budaya etnik melayu yang terkenal. Melalui cara hidup suku kaum dan etnik yang pelbagai itu, maka terciptalah rumah bumbung panjang melayu yang berbagai-bagai bentuk.
Maka tidak hairanlah rumah melayu tradisional ini dihasilkan oleh tukang-tukang yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang mengkagumkan sehingga terhasilnya rumah-rumah tradisional yang cantik dan bertahan sehingga ke hari ini. Hasil ilmu dan kemahiran itu tentulah dibantu oleh alat-alat pertukangan  yang banyak memberi sumbangan terhadap pembinaan rumah melayu tradisional ini.

Jika kita menyusuri dari “anjung” atau “serambi” sehinggalah ke “dapur”, terdapat pelbagai rekabentuk yang terpahat di dinding-dinding dan ruang-ruang terpilih bagi memberi semangat kepada senibina tersebut. Ukiran-ukiran ini tentulah dihasilkan dengan bantuan alat-alat pertukangan tersebut diantaranya adalah “Ketam Kayu”. Antara ukiran yang sering kita kenali adalah “sisir angin” di pintu dan tingkap, “sisir angin” di daun pintu dan tingkap, “buah buton” pada “tunjuk langit” atau “kasau jantan”, “ukiran dinding”, “tetupai”, “tiang seri”, “kekisi”, “pemeleh”, “andang-andang” atau “cucur atap” dan lain- lain lagi.

Perkembangan senibina rumah melayu tradisional ini bergantung kepada penggunaan alat-alat pertukangan ini. Peralatan pertukangan rumah melayu tradisional ini diantaranya ialah “pahat”, “tukul”, “pisau wali”, “cetera” atau “beliung”, “kapak”, “palu kayu pepatih”, “ketam”, “gerudi”, “gergaji”, “alat pengukiran” dan “penanda”. Persoalan di sini adalah sejauh mana alat-alat pertukangan rumah melayu tradisional ini bertahan atau hanya menjadi lembaran sejarah disebabkan evolisi dan inovasi penciptaan pelbagai peralatan yang banyak membantu mempercepatkan proses sesuatu pembinaan.

“ketam kayu” yang merupakan medium utama dalam pembinaan sesebuah rumah melayu tradisional. Ketam kayu mempunyai pelbagai jenis digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu serta fungsinya yang berbeza. Terdapat juga ketam kayu yang digunakan untuk meratakan permukaan kayu, melicinkan kayu dan membuat bunga, alur serta lidah.

Ketam kayu ini mempunyai empat bahagian utama iaitu “badan ketam”, “mata ketam, “baji ketam” dan “telinga ketam”. Keempat-empat  bahagian ini saling melengkapi agar ketam kayu dapat berfungsi dengan baik.

Ketam kayu ini terdapat pelbagai jenis mengikut fungsinya diantaranya ialah “Ketam Jantan”, “Ketam Betina”, “Ketam Cuci”, “Ketam Bunga”, “Ketam Alur”, “Ketam Lidah”, “Ketam Bucu”, “Ketam Bingkai”, “Ketam Bulat”, “Ketam Rotan Sebelah”, “Ketam Kembung”, “Ketam Pelidah” dan “Ketam Golek”.

2 comments: