Tuesday, 31 January 2017

1950: Jalan Tungku Abdul Rahman

1950: Jalan Tungku Abdul Rahman

1942: Kuala Lumpur Perang Dunia II

1942: Kuala Lumpur Perang Dunia II


Bok Mansion @ Le Coq D'or



Sejarah pemilik

Bok House ni dibina oleh Chua Cheng Bok, seorang jutawan berbangsa Cina. Beliau adalah seorang imigran dari negara China dan semasa kehadiran beliau ke Tanah Melayu awal 1900, dia seorang yang sangat miskin dan tidak mempunyai pelajaran. Pada mulanya dia kerja di kedai menjual rempah ratus sahaja.

Selepas tamat waktu kerja, setiap malam Cheng Bok  akan pergi ke Jalan Ampang, ke kawasan yang dulunya dinamakan Red Light Corner dan beliau bekerja baiki basikal. Setelah sekian lama bekerja, beliau telah menyimpan banyak wang dan membuka syarikat sendiri. Pada awalnya, syarikat beliau hanya membaiki basikal dan kemudian menjual basikal sehinggalah beliau menjual motorsikal dan akhirnya menjual kereta.

Syarikat beliau didaftarkan dengan nama Cycle & Carriage. Beliau merupakan pengimport kereta  Mercedes Benz di Malaysia.


Masa dia kerja baiki basikal tu, dia mula berkenalan dengan anak seorang jutawan Cina di KL. Rumah amoi ni kat Jalan Ampang jugak, sekarang dah takde dah mansion tu, dah jadi bangunan yang dinamakan Plaza 121 (sebelah betul Tanah Perkuburan Jalan Ampang/Hotel Maya).

Dijadikan cerita dorang dua orang jatuh cinta and decided to marry. So Cheng Bok pun pergi lah jumpa bapak amoi ni. Masa ni dia baru start company dia sendiri. Bapak amoi ni reject dia sebab dia dari humble beginning dan kedua tak setaraf dengan dia.

So, brokenhearted, Cheng Bok pun tanam azam dia akan kerja keras dan take his revenge sebab reject dia.

So, dia kena kuat, built his empire. So bila dia dah jadi jutawan himself, dia beli sekeping tanah di Jalan Ampang, betul2 mengadap mansion gf dia. That was around 1920. In 1929, dia lantik the best architect firm in Singapore masa tu, Swan & Maclaren untuk membina mansion dia. Ada orang cakap dia bina mansion ni untuk menunjukkan kat bapak gf dia yang dia mampu jadi sekaya dia dengan kerja keras. Ada yang cakap dia bina supaya gf dia ingat betapa sayang dia kepada gf dia. Cuma tak ada dalam rekod samada dia actually kawen dengan gf dia tu lepas dia bina mansion ni yang siap dalam tahun 1929.

Apabila siap mansion ni dalam tahun 1929, it was said that this mansion is a mansion like of which never seen in KL before or after. Lebih besar dari mansion gf dia dan lebih grand. Lepas bina mansion ni, Cheng Bok then bina Coliseum Hotel/Cinema and Coliseum Cafe yang poplar kat Jalan TAR, just because he can.

Sejarah am

Di dalamnya, terdapat campuran Timur dan pengaruh Barat dengan seni Eropah dan kaca berwarna dipaparkan bersama-sama dengan perabot Cina , peral dan jubin Peranakan. Floor dia sangat detail dan perabot yang diletakakan datang dari Eropah, especially Itali dan France.

Pada tahun 1958, Bok House telah ditukar kepada restoran mewah Perancis, Le Coq d'Or. Menariknya, Chua dan keluarganya lebih suka hidup di bahagian belakang mansion itu selama lebih 20 tahun - sampai wing ni dirobohkan oleh kerajaan dalam tahun 1999. A few of Bok generations actually lived there till the end.



Dalam tahun 2001, selepas banyak kali delay, eventually Bok mansion ni robohkan. Walaupun Badan Warisan Negara cuba dapatkan status bangunan bersejarah, thus tak boleh dirobohkan, tapi tak berjaya. Ada cakap keturunan dia sendiri yang nak dirobohkan sebab tanah tu prime land. Ada cakap sebab berebut harta, since wasiat Cheng Bok ada mentioned tak boleh jual rumah ni sehingga 5 keturunan.

1950: Keretapi Jalan Sultan

Keretapi merupakan pengankutan terawal yang ada di Kuala Lumpur pada tahun 1950. Ianya terletak di Jalan Sultan.




1950: Peel Road (Jalan Peel)

Peel Road (Jalan Peel) - sekitar tahun 1950. Ini adalah jalan utama yang menuju keluar dari Kuala Lumpur ke laluan  selatan pada tahun 70 sebelum Lebuhraya Loke Yew dan Lebuhraya Seremban dibina.





Sumber: http://v12gether.blogspot.my



Monday, 30 January 2017

1929: The Bok House jalan Ampang

The Bok House adalah sebuah rumah lama di Jalan Ampang dibina pada tahun 1926 dan siap pada tahun 1929 milik seorang jutawan , Chua Cheng Bok. Dalam tahun 1960 dan sehingga ditutup pada tahun 2001, rumah agam itu ditempatkan sebuah restoran yang mewah yang dipanggil Le Coq d'Or (The Golden Ayam Bujang).


Sumber: http://v12gether.blogspot.my

1950: Jalan Petaling ke arah Foch Avenue (Jalan Cheng Lock)

Jalan Petaling ke arah Foch Avenue (Jalan Cheng Lock) 1950-an (MBS Wesley Methodist Church). Bangunan di hadapan (kini 6 tingkat) adalah Hakka Fui Chew Association. Hari ini Kompleks Kota Raya dibina disebelah kanannya. Jalan di sebelah kiri adalah (adalah) Cross Street yang sangat popular, kini dikenali Jalan Silang, dengan Tai Tai (wanita kaya Cina) 50-an - era 70-an yang terdiri daripada terutamanya kedai emas Cina. Beberapa kedai-kedai masih dalam perniagaan hari ini, tetapi menghadapi persaingan daripada pusat membeli-belah dan kedai emas yang lain.





Sumber: http://v12gether.blogspot.my

1970: Mountbatten Road (Jalan Tun Perak)

Sebelum Ampang Park, Sungai Wang, BB Plaza atau terbaru adalah pusat membeli-belah Pavilion. Pusat membeli-belah "berprestij" zaman penjajah Whileaway Laidlam, John Little dan Jabatan Store Robinson terletak di Mountbatten Road (Jalan Tun Perak) yang berjaya kekal dalam perniagaan sehingga tahun 1970-an (foto) dengan bahagian atas dua tingkat ditukar menjadi sebuah restoran Cina dan kelab malam.





 Sumber: v12gether.blogspot.my

1960: High Street - Jalan Tun HS Lee

1960 High Street - Jalan Tun HS Lee. Di sebelah kiri adalah pejabat utama Eu Yan San, Dewan Perubatan Cina Lama (Kuno) ditubuhkan dan masih di tapak yang sama hari ini. Di penghujung jalan adalah Bank Bangkok.





Sumber: v12gether.blogspot.my

1960: Jalan Pudu dari Bukit Bintang

Kereta yang sedang menuju kebawah itu ke arah Jalan Pudu dari Jalan Bukit Bintang (Sebelah bekas pawagam Pavilion, bukan shopping kompleks Pavilion hari ini tu.) Hospital Tung Shing ke bawah sejurus selepas deretan rumah kedai. Jalan ini di era 60-an.





Sumber: v12gether.blogspot.my




1962: Bangunan KWSP


Lebuhraya Persekutuan baru sipa dibina, dengan bangunan KWSP masih dalam pembinaan di persimpangan dengan Jalan Gasing 1962.


Sumber: v12gether.blogspot.my

1950: Tan Chong Motor


Tan Chong Motor suautu ketika dahulu. Ketua pejabat / bilik pameran yang masih berpusat di Jalan Ipoh sejak penubuhannya dari awal 50-an.

Sumber: v12gether.blogspot.my

13 Mei 1969 (Rusuhan Kaum)-Jalan Campbell (Jalan Dang Wangi)

Sejarah Hitam Tanah Melayu pada 13 Mei 1969 (Rusuhan Kaum). Gambar ini diambil selepas amukan berdarah di Jalan Campbell (Jalan Dang Wangi) sebelum membelok kiri ke Kampung Baru(Jalan Raya Abdullah).



Sumber: v12gether.blogspot.my

1930: Bukit Bintang Park (BB Park)

Gambar Bukit Bintang Park atau BB Park. Tempat ini menjadi Hollywood Park pada era 30-an. Ketika itu tempat ini berada di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur. Tempat ini telah dimiliki oleh  syarikat perfileman terbesar di zaman itu iaitu Shaw Brothers. Ianya telah dinaik taraf menjadi BB Park dengan adanya kabaret-kabaret, dewan tarian, panggung wayang, pertunjukkan pentas, restoren dan gerai-gerai permainan. Namum Nasib BB Park mulai merosot disebabkan kemunculan radio dan televisyen. Ianya telah ditutup pada awal tahun 1970 dan dibangunkan Sungei Wang Plaza.



Sumber: v12gether.blogspot.my

Monday, 23 January 2017

1970: Telefon SIMENS

Telefon SIMENS 1970:'dail putar'

1960: Dulang Tembaga Hiasan Kapal Feng Shui


Feng Shui bagi hiasan Dulang Tembaga ini diletakan pada pintu masuk utama rumah kediaman. Simbul ini umpama pelayaran sepangjang hari akan mambawa hasil dagangan yang begitu banyak. Warna keEMASan ini juga simbul keKAYAan bagi pemiliknya.

1960: General Mathematics For Malayan Schools

General Mathematics For Malayan Schools 1960 adalah sebuah buku teks yang telah digunakan pada tahun 1960.

1950: GROSIL ANTIK KEEMASAN


Menurut kepercayaan Bangsa China, Feng Shui bagi sesuatu perhiasan mestilah mempunyai element Kapal Dagang yang menghala kepada diri pemilik atau pemakainya. Ianya juga berwarna keEMASan yang melambangkan KEKAYAAN dan KEMEWAHAN.


1970: Pelita Antik Minyak Tanah

Pelita ini masih boleh digunakan. Ianya sangat unik kerana coraknya yang berwarna warni menutupi lapisan kaca di permukaanya. menurut cerita asal, pemiliknya adalah berbangsa Cina di Teluk Anson (Teluk Intan 1970)

1960:Cast Iron Hot Plate

Cast Iron Hot Plate 1960




Hot Plate Hande ini berasal dari MELAKA sekitar tahun 1960. Ianya telah digunakan oleh Belanda kerana budaya pemakananya menggunakan Hot Plate untuk memasak.


“KETAM KAYU” ALAT PERTUKANGAN RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Jika kita menyusuri dari “anjung” atau “serambi” sehinggalah ke “dapur”, terdapat pelbagai rekabentuk yang terpahat di dinding-dinding dan ruang-ruang terpilih bagi memberi semangat kepada senibina tersebut. Ukiran-ukiran ini tentulah dihasilkan dengan bantuan alat-alat pertukangan tersebut diantaranya adalah “Ketam Kayu”.

Rumah melayu tradisional yang terdapat sekitar pelusuk Malaysia diperbuat daripada bahan asas utamanya seperti kayu, buluh dan rotan tidak dapat lari daripada penggunaan alat-alat pertukangan ini bagi membolehkan sesuatu binaan rumah tradisional itu terbina. Kewujudan beberapa evolusi yang terkemudian menyebabkan orang-orang melayu telah memiliki pelbagai bentuk rumah, termasuklah rumah bumbung panjang yang dipengaruhi oleh unsur-unsur  budaya etnik melayu yang terkenal. Melalui cara hidup suku kaum dan etnik yang pelbagai itu, maka terciptalah rumah bumbung panjang melayu yang berbagai-bagai bentuk.
Maka tidak hairanlah rumah melayu tradisional ini dihasilkan oleh tukang-tukang yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang mengkagumkan sehingga terhasilnya rumah-rumah tradisional yang cantik dan bertahan sehingga ke hari ini. Hasil ilmu dan kemahiran itu tentulah dibantu oleh alat-alat pertukangan  yang banyak memberi sumbangan terhadap pembinaan rumah melayu tradisional ini.

Jika kita menyusuri dari “anjung” atau “serambi” sehinggalah ke “dapur”, terdapat pelbagai rekabentuk yang terpahat di dinding-dinding dan ruang-ruang terpilih bagi memberi semangat kepada senibina tersebut. Ukiran-ukiran ini tentulah dihasilkan dengan bantuan alat-alat pertukangan tersebut diantaranya adalah “Ketam Kayu”. Antara ukiran yang sering kita kenali adalah “sisir angin” di pintu dan tingkap, “sisir angin” di daun pintu dan tingkap, “buah buton” pada “tunjuk langit” atau “kasau jantan”, “ukiran dinding”, “tetupai”, “tiang seri”, “kekisi”, “pemeleh”, “andang-andang” atau “cucur atap” dan lain- lain lagi.

Perkembangan senibina rumah melayu tradisional ini bergantung kepada penggunaan alat-alat pertukangan ini. Peralatan pertukangan rumah melayu tradisional ini diantaranya ialah “pahat”, “tukul”, “pisau wali”, “cetera” atau “beliung”, “kapak”, “palu kayu pepatih”, “ketam”, “gerudi”, “gergaji”, “alat pengukiran” dan “penanda”. Persoalan di sini adalah sejauh mana alat-alat pertukangan rumah melayu tradisional ini bertahan atau hanya menjadi lembaran sejarah disebabkan evolisi dan inovasi penciptaan pelbagai peralatan yang banyak membantu mempercepatkan proses sesuatu pembinaan.

“ketam kayu” yang merupakan medium utama dalam pembinaan sesebuah rumah melayu tradisional. Ketam kayu mempunyai pelbagai jenis digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu serta fungsinya yang berbeza. Terdapat juga ketam kayu yang digunakan untuk meratakan permukaan kayu, melicinkan kayu dan membuat bunga, alur serta lidah.

Ketam kayu ini mempunyai empat bahagian utama iaitu “badan ketam”, “mata ketam, “baji ketam” dan “telinga ketam”. Keempat-empat  bahagian ini saling melengkapi agar ketam kayu dapat berfungsi dengan baik.

Ketam kayu ini terdapat pelbagai jenis mengikut fungsinya diantaranya ialah “Ketam Jantan”, “Ketam Betina”, “Ketam Cuci”, “Ketam Bunga”, “Ketam Alur”, “Ketam Lidah”, “Ketam Bucu”, “Ketam Bingkai”, “Ketam Bulat”, “Ketam Rotan Sebelah”, “Ketam Kembung”, “Ketam Pelidah” dan “Ketam Golek”.

Sunday, 8 January 2017

10 Cents: Malaya And British Borneo 1961




Malaya And British Borneo

British Colony. Elizabeth II Specimen 10 Cents 1957-KN SP63 PCGS, KM2. Light gray patina, with only tiny marks. An exceptional example of the grade. Very rare, with only one example certified finer by PCGS, and NGC.

Estimate: 1000-1200 USD

Buku 3: Bachaan Dewan- Dewan Bahasa Dan Pustaka Persekutuan Tanah Melayu 1962



MAHMUD BIN AHMAD atau Mahmud Ahmad merupakan seorang pendidik, tokoh bahasa dan budaya Melayu dan juga seorang sasterawan. Dilahirkan pada 29 Mac 1906 di Kampung Kallang, Singapura. Beliau berasal dari Riau tetapi kelahiran beliau didaftarkan di Kampung Kallang Pokok. Beliau mula mengarang semenjak tahun 1929. Banyak buku yang telah dihasilkannya bercorak pelajaran, bacaan sekolah yang berunsur moral dalam bentuk novel, sajak, rencana-rencana dan esei-esei sastera. Beliau meninggal dunia pada 26 Ogos 1976.

Mahmud Ahmad memperolehi pendidikan awal di peringkat sekolah rendah di Sekolah Melayu Tanjong Katong dan seterusnya menyambung pelajarannya hingga ke darjah enam pada tahun 1922 di Sekolah Melayu Kampung Glam. Setelah tamat darjah enam, beliau tinggal di Kampung Tebrau Bakar Batu, Pasir Pelangi, Johor Bahru selama dua tahun kemudian balik ke Singapura dan kemudiannya menjadi guru pelatih pada tahun 1925 sebelum menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak (1926-1929). Setelah keluar dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Mahmud Ahmad  mengajar di Sekolah Melayu Tanglin Besar. Semasa pendudukan Jepun, beliau ke Sumatera dan mengajar di Sekolah Melayu Tanjung Pinang. Setelah Jepun menyerah kalah, Mahmud Ahmad kembali ke Singapura, mengajar di pelbagai tempat seperti di Telok Kurau, Padang Terbakar dan Sepoy Lane dari tahun 1945 – 1957. Beliau turut menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya (Singapura) bagi kuliah Bahasa Melayu (1954-1955).

Mahmud Ahmad pernah bekerja sebagai pengarang majalah Benih atas nama Jabatan Pelajaran Singapura. Pada tahun 1948, beliau dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar Sekolah Melayu Padang Terbakar.  Pada tahun 1949, beliau menjadi guru penolong di Sekolah Melayu Telok Saga, Pulau Brani. Mahmud Ahmad bersara pada tahun 1957. Selepas bersara, beliau berkhidmat di Royal Press Singapura sebagai pengarang; berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1960-1963) sebagai pengarang buku-buku sekolah; menjadi guru bahasa di Kolej Ngee Ann di Singapura (1963 -1965); pengarang di Malaysia Press, Singapura; menjadi pengarang buku-buku sekolah dan juga pengarang majalah dua bulanan Medan Sastera di bawah pimpinan Harun Aminurrashid. Beliau bergiat dalam dunia persuratan sejak tahun 1940-an. Beliau pernah mengelolakan majalah Temasik sebelum memimpin majalah Hiboran dan menyumbang kajian melalui buku-buku kajian beliau iaitu Imbuhan Sastera dan Pancaran Sajak.

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Jawatankuasa Pengamanah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud; Yang Dipertua Persatuan Kebudayaan Melayu; Penasihat Jawatankuasa Penerangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu; Jawatankuasa Bersama Hadiah Sastera dan Jawatankuasa Khairat Kematian Orang-Orang Islam Telok Kurau; Setiausaha Persaudaraan Sahabat Pena PSPM, cawangan Singapura (1935-1941); Setiausaha Lembaga Bahasa Melayu dan anggota Jawatankuasa Ejaan Rumi Baru; menubuhkan Lembaga Bahasa Melayu (26 April 1951); dilantik Setiausaha Lembaga Bahasa Melayu yang pertama; anggota ASAS 50; aktif dalam Majlis Pelajaran Melayu, Lembaga Tetap Kongres dan dalam beberapa Kongres bahasa dan kebudayaan yang dianjurkan di Singapura, Malaysia dan Indonesia; Setiausaha pasukan pengakap Melayu Singapura; memberi sumbangan tenaga dan fikiran dalam Kongres Bahasa Melayu 1 di Singapura (1951), Kongres Bahasa Melayu 2 (1952), Kongres Bahasa Indonesia di Medan (1954), dan Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu 3 yang terbesar dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu di Singapura dan Malaya.