Masjid Abidin dibina di antara tahun 1793 -1808 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin II. Asalnya ia dibina sebagai istana baginda Sultan. Masjid Abidin juga dikenali sebagai Masjid Putih, mungkin kerana keseluruhan bangunan ini berwarna putih dan lebih menyerlah daripada bangunan lain yang terdapat di Kuala Terengganu. Mengikut cerita asal, tanah liat itu diadunkan dengan putih telur untuk dijadikan simen untuk membina dinding masjid tersebut. Itulah asalnya masjid ini diberi nama masjid putih.
Peringkat awal, masjid ini dibina daripada kayu. Namun, semasa pemerintahan Almarhum Sultan Omar, binaan masjid ini telah digantikan dengan batu-bata. Tengku Panglima Besar (Tengku Muda Kemaman) sekali lagi telah mengubahsuai dan memperbesarkan masjid ini dan menambah 3 tiang berbentuk bulat dan 3 buah menara. Semasa Almarhum Sultan Ismail menduduki takhta, masjid ini diperbesarkan sehingga boleh menampung 2500 jemaah pada tahun 1972.
Al-Fatihah kepada pejuang islam terdahulu.
Sumber teks: https://www.blogger.com/profile/14876864229786636942
Keseluruhan gambar adalah dari kajian senibina aku pada tahun 2004 UiTM.
Binaan tiang yang besar sebagai penyokong beban utama dalam masjid menjadikan ianya tesergam indah dan kukuh. Simboliknya kekukuhan agama islam ketika itu hingga ke hari ini.
Tangga ini juga dibawa dari negara china. Tangga ini digunakan untuk naik ke menara masjid.
Masih banyak koleksi gambar yang ada dan yang mungkin tidak dapat ditunjukan secara umum.
No comments:
Post a Comment