Saturday, 8 February 2020

Rumah Tradisional Perak 1950

Senibina rumah tradisional

Masjid Putih Kuala Terengganu

Masjid Abidin dibina di antara tahun 1793 -1808 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin II. Asalnya ia dibina sebagai istana baginda Sultan. Masjid Abidin juga dikenali sebagai Masjid Putih, mungkin kerana keseluruhan bangunan ini berwarna putih dan lebih menyerlah daripada bangunan lain yang terdapat di Kuala Terengganu. Mengikut cerita asal, tanah liat itu diadunkan dengan putih telur untuk dijadikan simen untuk membina dinding masjid tersebut. Itulah asalnya masjid ini diberi nama masjid putih. 

Peringkat awal, masjid ini dibina daripada kayu. Namun, semasa pemerintahan Almarhum Sultan Omar, binaan masjid ini telah digantikan dengan batu-bata. Tengku Panglima Besar (Tengku Muda Kemaman) sekali lagi telah mengubahsuai dan memperbesarkan masjid ini dan menambah 3 tiang berbentuk bulat dan 3 buah menara. Semasa Almarhum Sultan Ismail menduduki takhta, masjid ini diperbesarkan sehingga boleh menampung 2500 jemaah pada tahun 1972. 

Al-Fatihah kepada pejuang islam terdahulu. 

Sumber teks: https://www.blogger.com/profile/14876864229786636942

Keseluruhan gambar adalah dari kajian senibina aku pada tahun 2004 UiTM. 
Beduk yang terdapat di menara masjid
Makam diraja yang terdapat dalam masjid. 
Ukuran kayu yang membentuk ayat Al Quran menghiasi ruang atas pintu dalam masjid. 
Penggunaan cermin kaca yang berwarna dibawa pedagang china datang ke Kuala Terengganu.
Binaan tiang yang besar sebagai penyokong beban utama dalam masjid menjadikan ianya tesergam indah dan kukuh. Simboliknya kekukuhan agama islam ketika itu hingga ke hari ini. 
Tangga ini juga dibawa dari negara china. Tangga ini digunakan untuk naik ke menara masjid. 

Masih banyak koleksi gambar yang ada dan yang mungkin tidak dapat ditunjukan secara umum. 

Rumah Tradisional Perak

Rumah tradisional perak yang terletak di Bota Kiri Perak. 

Wat Siam Pondok Tanjung Taiping Perak. 100 Tahun.

Wat Deva Raja Banphot Pondok Tanjung Perak

Wat Deva Raja Banphot merupakan salah satu dari wat Siam yang tertua di Perak. Ianya berusia lebih dari 100 tahun dan telah wujud sebelum zaman pendudukan Inggeris dan Jepun di Tanah Melayu dahulu. Wat ini telah wujud sejak zaman pembesar dan Raja Siam mentadbir utara Tanah Melayu suatu masa dahulu dan dipercayai pada asalnya wat ini telah dibina oleh pembesar dan Raja Siam pada waktu itu. Yang bestnya rumah arwah tok aku dulu sebelah je wat siam ne... Situ lah tempat aku bermain bila balik ke kampung. 

Sekarang rumah arwah tok dah tak ada lagi. Kerajaan dah ambil buat jalan.. Al-fatihah untuk arwah tok. 

Drugs Store (Stor Dadah) Sarikei Sarawak 1560

Drugs store sekarang digelar pharmacy atau medical store... 

Monday, 3 February 2020

Ruang Kenalan.

Zaman tu kalau nak berkenalan bolehlah mengirim surat secara pos... Terkezut mak tetiba peminat anto surat.. Macam artis pulak... Dah beralalu zaman tu dengan kecanggihan teknologi.. Adanya internet.. Whatapp dan sebagainya.. Memori yang tidak aku lupakan. 

1990: Tapak Hospital Miri Sarawak

Tapak Hospital Miri sekitar tahun 1990.