Tuesday, 14 July 2020

1910: Masjid Kg. Pelangi, Kuala Pilah.

Masjid Lama Kg. Pelangai

The Forgotten Spaces.
An old mosque in Kampung Pelangai, Kuala Pilah was built in 1910, with the intervention of 'Demak' architectural style.
The unique element of 5 'Tiang Gantung' symbolises the 5 pillars of Islam.
The stone steps, ablution part still intact with the broken long-standing 'mimbar'.
As various 'secret stories' have been told, the Islamic architectural essence of the structure is still strong today, although the structure is no longer in use.
-------------------------------------------------------------------
Introducing JEJARCH, an architecture project initiative by GARISPXL.CO in pursuing architecture in Malaysia and elevating its aesthetic values in visual manifestation.

Fhoto and infor from GARISPXL.CO

Saturday, 27 June 2020

Sarawak Renjers 1862

The Sarawak Rangers were a para-military force founded in 1862 by Charles Brooke, during the reign of his uncle, Rajah James Brooke. They evolved from the fortmen which were raised to defend Kuching in 1846. The Sarawak Rangers were first commanded by William Henry Rodway, briefly in 1862 and again from 1872 to his retirement in 1881, and were highly skilled in jungle warfare and general policing duties, being equipped with various western rifles, cannons and native weaponry.

They were based in a number of forts constructed at strategic locations in towns and at river mouths. Aside from protecting Sarawak's borders, they were used to fight any rebels and were engaged in a number of campaigns during their history. In times of emergency or war, they could depend on the support of the local population and tribespeople.

The Sarawak Rangers were disbanded for a few years until 1932, only to be reformed as Sarawak Constabulary and mobilised for the Second World War in which they attempted to defend Sarawak from Japanese invasion in 1942 at the start of the Pacific War. After the abdication of Charles Vyner Brooke in 1946 and the creation of the Crown Colony of Sarawak, the Sarawak Rangers became a colonial unit under direct British control and saw action in both the Malayan Emergency and the Borneo Confrontation.

In 1963, upon the formation of Malaysia, the Sarawak Rangers became part of the Royal Ranger Regiment. 

Source: Wikipedia
Image credit: Borneo - Facebook

Rusuhan Kaum 1967 Pulau Pinang


RUSUHAN KAUM PULAU PINANG 1967

1. Sebelum berlakunya rusuhan kaum paling dasyat di Tanah Melayu pada 1969, bibit bibit awal telahpun timbul di kawasan penguasaan masyarakat Cina di Pulau Pinang pada tahun 1967.

2. Kaum cina Pulau Pinang sebelum itu telah pun kerap melakukan Hartal (Protest besar besaran) dengan paling signifikan memprotes Perlembagaan Persekutuan Malaya pada tahun 1947 yang mengandungi Kontrak Sosial melibatkan kelebihan orang Melayu di Tanah Melayu. 

3. Malangnya 24 November 1967 satu rusuhan besar besaran terjadi yang berlanjutan sehingga dua bulan kemudian berakhir pada bulan December 1967. 

4. Ketua Menteri pertama Pulau Pinang, Tan Sri Wong Pow Nee mengakui rusuhan kaum di Pulau Pinang tersebut adalah bibit bibit awal yang menyemarakkan sentimen perkauman yang membawa kepada rusuhan besar besaran anti cina di seluruh Malaya dua tahun kemudiannya.

Kisah sebenar faktor-faktor punca rusuhan kaum tersebut.

5. Pada awal tahun 1960an, ekonomi Malaya sedang mengalami kejatuhan setelah pihak British menarik keluar pelaburan2 strategik disini. Ekonomi tenat dan perniagaan merosot teruk. Pendapatan perkapita negara merosot jatuh 12 peratus dengan gaji purata rakyat jatuh dibawah purata pendapatan kebangsaan. Konfrontasi dan boikot ekonomi dengan pihak Indonesia dibawah pimpinan Sukarno masa itu menambahkan kedukaan. Selain persaingan sengit antara pelabuhan Malaya dengan Singapura pada masa tersebut. 

6. Hubungan antara kaum juga semakin merosot. Kaum cina yang menguasai ekonomi dilihat sebagai pengkhianat dengan mengabaikan pengambilan pekerja Melayu dan lebih suka mengimport klan klan luar dari tanah besar China. Bisnes menderita akibat kejatuhan matawang Ringgit Malaya pada masa itu. Kadar pengangguran meroket tinggi dengan beribu2 rakyat tempatan hilang pekerjaan. Ketidakpuasan hati semakin menjadi jadi pada masa itu. 

7. Tindakan kerajaan Malaysia pada Nov 1967 untuk menurunkan nilai matawang Malaysia Ringgit berbanding Pound Sterling British menambah parah kejatuhan ekonomi. Pada masa itu ada dua jenis nilai Ringgit, yang lama bersandarkan nilai Pound Sterling dan yang baru bersandarkan pada Emas. Nilai ringgit baru matawang Malaysia sedang mengalami transisi ''phasing out'' nilai Ringgit yang lama bersandarkan Pound Sterling kepada Emas. Tetapi tidak berjalan lancar. 

8. Dengan penurunan nilai Ringgit berdasarkan Pound Sterling sebanyak 15% secara mendadak, menyebabkan rakyat naik angin dan keliru terutama golongan bawahan. Petani, Nelayan dan peniaga kecil yang paling terkesan kerana mereka ini tidak memiliki akaun bank. Mereka ini juga tinggal daif diluar bandar masih menyimpan stok2 simpanan matawang Ringgit yang lama. Semestinya kejatuhan nilai Ringgit menyebabkan mereka semakin cemas dan marah. 

9. Peniaga2 cina dibawah pengerusi Parti Buruh Pulau Pinang, Lim Kean Siwe melancarkan hartal atau protes tunjuk perasaan. Malangnya Kerajaan pusat mengambil ringan protest tersebut. 

10. Tentera dan Polis telah dikerah menenteramkan penunjuk perasaan tersebut. Malangnya terdapat segolongan cauvinis pro Komunis mengambil kesempatan menghasut para penunjuk perasaan terutama kaum cina pada masa itu bertindak lebih radikal dan ganas. Kebanyakan rumah kedai pemilik cina menyahut seruan dan menutup kedai kedai mereka kepada awam. 

11. Tindakan boikot oleh peniaga Cina ini dilihat berjaya oleh para penganjur iaitu Parti Buruh Penang. Mereka mendabik dada orang Cina berkuasa untuk membuka dan menutup seluruh bandar di Malaysia. Seperti terbukti di Pulau Pinang tersebut. Para politik Cauvinis Komunis Cina mula memasang angan2 memasuki politik secara lebih tersusun dengan perancangan untuk menakluki Pilihanraya Umum 1969 kelak. 

12. Dua bulan keadaan tidak tenteram di Pulau Pinang. Kongsi2 Gelap Cina bermahajalela dengan menindas orang2 Melayu yang tidak terlibat dalam hartal tersebut. Ini yang memulakan bibit kebencian orang Melayu kepada Peniaga Cina yang mula besar kepala tersebut. Kegagalan pihak Polis dan Tentera mengawal situasi juga menambahkan kecelaruan antara kaum pada masa tersebut. Pihak Kongsi2 Gelap Cina jugak dilaporkan berani sehingga sanggup membuli para agen Keselamatan Negara. (Pihak Polis)

13. Dilaporkan sekumpulan Kongsi Gelap Cina malah sanggup bergaduh dengan penjual pisang goreng tepi jalan Melayu di jalan Datuk Keramat. Seorang pengawal keselamatan Bank StanChart terbunuh. Bermulalah gangguan harassment secara keji dan berterusan oleh pemuda2 Cina dengan pemuda2 Melayu. Dilaporkan masa itu ramai yang cedera parah bertempur sesama sendiri. 

14. Dilaluan utama Jalan George Town, dari Lebuh Chulia hingga ke Jalan Penang, Jalan Prangin dan Lebuh Pantai berlaku aktiviti radikal terhadap kedai kedai milik orang Cina. Pintu kedai dipecahkan, tinggap dipecahkan dengan batu, yang juga dilakukan oleh penunjuk2 perasaan cauvinis Cina dibawah payung Parti Buruh. Banyak kedai2 dirosakkan sambil mereka melaung slogan Anti Penyelarasan Nilai Ringgit. (Anti-devaluation). Aktiviti laluan bas dihentikan sementara kerana pemuda2 cauvinis Cina tersebut semakin kurang ajar dengan merosakkan bas bas dengan dibaling batuan. Ada bas yang dilaporkan terbalik. 

15. Pihak Polis melaksanakan perintah berkurung. Barricade dan laluan dihalang dengan sekatan jalan. 

16. Sejumlah 8 maut dan 137 orang cedera. Pasukan bantuan Polis dan Tentera dikerahkan dari Kuala Lumpur untuk mengawal situasi. Dalam satu tindakan khas Operasi X yang dijalankan oleh KDN, Lim dan 23 orang kanan Parti Buruh dan Kongsi Gelap Cina ditahan ISA. Pejabatnya disita dan ditutup diikuti dengan 8 cawangan diseluruh Pulau Pinang. 

17. Senjata2 tajam dirampas dan beratus2 pemuda keturunan Cina cauvinis ditahan Polis. 

18. Apa yang bermula sebagai protest penurunan Nilai Ringgit telah merebak menjadi pertempuran antara kaum paling teruk dalam sejarah. Kegiatan subversif Komunis Cina di sana menjadi tunjang kepada pertumpahan darah tersebut. Ia kemudian digelar Sino-Malay Conflict. 

19. Jika pihak kerajaan bertindak pantas memantau aktiviti subversif dan cauvinis Parti Buruh lebih awal mungkin perkara ini tidak terjadi, kata Perdana Menteri pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman.

Sumber FB: Mokcik Kiah.

Wednesday, 10 June 2020

Wednesday, 15 April 2020

Mat Kilau. Pahlawan Melayu Pahlawan Sufi Pahang

"Pahlawan Sufi Dari Pahang" 

Ketika Mat Kilau bersembunyi, beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya, dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan..iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau, hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya, saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan, tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau.. yang ditugaskan untuk menangkapnya, tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya, selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati..diusung ke anjung istana negeri Kelantan, sambil disaksikan orang ramai. 

Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam, dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.

Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.

Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya.. lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya, menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.

Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan.. Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. 

Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu..yang mengoyakkan kulit belikatnya, tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! 

Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot, dan membocorkan rahsia kepada Inggeris, bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! 

Rupa-rupanya benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! 

Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris, dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas..semata-mata bagi membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau ketika dalam pelarian, mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! 

Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam, dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau berpura-pura mati pada tahun 1895..untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.

Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang, lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu, daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri..iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan..melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini, laluannya masih tetap digunakan, khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar di seluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Penderhaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam, pada bulan Oktober 1895 manakala..The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku.. tidak diketahui orang ramai, kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri, serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali, dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. 

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778..dan bernama Mohamad bin Ibrahim, supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969 pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar, setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam, kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . 

Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. 

Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan.. dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar, oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She

Oleh itu maka sahlah, Mat Siam itu adalah Mat Kilau, anak kepada Imam Rasul atau Tok Gajah Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya, pada tanggal 16 ogos 1970, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya.. dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada, atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian, dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya 50 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam.. iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau, untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

"Jagalah Agama , Jagalah Bangsa dan Jagalah Negara . Jangan Sampai Bangsa Ku Tiada Negara."

#Hairulizwan
#SuaraFM

Sunday, 12 April 2020

Komunis Di Tanah Melayu.

Ayuh bangkit bangsaku..bangsa Melayu ku...jangan dibiarkan bumi bertuah ini terus dijajah...bukan jajahan mereka dengan senjata..tetapi jajahan mereka dengan ekonomi dan politik...ayuh semarakkan semangat berjuangan Bangsaku..Bangsa Melayu...
Sumber photo FB Munzir Alhan

Tukang Gunting Rambut

Barbers during colonial Malaya were Javanese, Chinese, Tamils and Japanese. Not sure if they can cure or reduce hypertension, its not reported in any medical journals yet, maybe soon,

Gambar Perang Dunia II Tanah Melayu

Sumber FB Nostalgia Tanah Melayu