Friday, 26 October 2018

1960 - 2000 Ketam Rambut Manual

Pak Yub merupakan seorang tukang rambut. Beliau juga merupakan jiran aku.Tiada pondok yang dijadikan tempat untuk menggunting rambut hanyalah di bawah teduhan pokok rambutan. Kerusi kayu yang dibuat sendiri tidaklah begitu cantik malah paku yang ada pun berbonggol bonggol terkeluar. Harga pada ketika itu hanya RM 2 sekepala...nasib baik hanya ada satu kepala sahaja yang berambut. Kerianya bermula seawal tahun 80an hingga ke 90an. Dari bawah pokok rambutan sampailah dia mampu mendirikan kedai gunding di hadapan rumahnya. Alhamdullilah..itu sedikit cerita yang ingin aku kongsikan. Paling membanggakan aku, anaknya Ke'oi kini dah bergelar usahawan gunting rambut yang terkenal. Dah ada rakan kongsi lagi termasuklah adik bongsuku. Ketam Rambut ini tetap menjadi kenanganku dan aku jadikan ianya sebahagian barangan antik ku. Sarikei Sarawak 26.10.2018.

No comments:

Post a Comment