Monday 18 June 2018

Kampung Morten Melaka

Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Walaupun kepesatan pembangunan di sekelilingnya dengan bangunan pencakar langit namun ianya tidak menjejaskan tradisi dan kemelayuanya. Apa yang kita dapat lihat sebahagian fasad senibinanya masih kekal sebagai sebuah rumah tradisional Melaka. Sebahagian kecilnya rumah-rumah ini telah dibina tanpa menggunakan paku dan banyak tanggam dan ukiran kayu telah digunakan. Keunikan rumah tradisional Melaka adalah pada tangga batunya yang unik dan memberi kesinambungan kepada hukum senibina pada rumah tersebut. Simbol"selamat datang" pada tangga batu tersebut terserlah apabila ianya dibina menggunakan konkrit dan hiasan dari jubin-jubin yang pelbagai warna dan bantuk.
Rumah-rumah tradisional Melaka ini pastinya dibina dengan menggunakan alat pertukangan tradisional seperti "Ketam Kayu" dan lain-lain lagi. Kumai pada tiang-tiang dan jenang pintu, tingkap serta lantai amat jelas bahawa ketam kayu merupakan alat pertukangan terpenting ketika dulu.

Oleh: Osman Ahmad.18 Jun 2018.Kg Morten Melaka.

No comments:

Post a Comment