Wednesday, 16 February 2022

Aku PEWARIS Ketam Kayu:

Ketam Kayu merupakan sebahagian alat pertukangan tradisional yang terpenting dalam pembinaan sesebuah rumah. Rumah yang dibina tersebut mestilah menggunakan bahan kayu yang hampir 80% dan selebihnya terdiri daripada lain-lain bahan seperti kaca dan sebagainya.

Ketam Kayu ini mempunyai pelbagai jenis dan fungsinya mengikut keperluan dan kegunaanya. Sekecil-kecil saiz hinggalah hingga mencecah 1'6" panjang dan 10" lebar dan beratnya menghampiri 1 KG. Ketam Kayu ini diperbuat sendiri hasil kretiviti petukang kayu dahulu tanpa menggunakan sebarang bantuan mesin. Alatan Ketam Kayu ini dianggap inovasi kreatif petukang kayu dahulu untuk merata, melicin dan membentuk permukaan kayu ataupun bucu kayu tersebut.

Hari ini Ketam Kayu semakin dipinggirkan oleh kerana kepesatan industri untuk mengeluarkan produk mesin ketam elektrik yg lebih cepat dan mudah digunakan. Walaubagaimanapun penggunaan Ketam Kayu ini masih mengekalkan kesenian yang tersendiri dalam proses membina sesebuah rumah tradisional.

Oleh yang demikian, saya mengambil anisiatif ini untuk mengkaji dan memelihara kesenian alat pertukangan ini agar ianya dapat diterbitkan sebagai catatan pena yang akan memberi manfaat kepada semua pembaca. Terkini terdapat lebih 200 jenis Ketam Kayu menjadi koleksi saya sebagai PEWARIS Ketam Kayu ini. InsaAllah kolaborasi dengan Muzium Negara dan Muzium Senibina akan dipergiatkan untuk menjadikan peralatan pertukangan Ketam Kayu ini terpelihara sepanjang zaman.

Osman Ahmad
01 Jun 2018


No comments:

Post a Comment