Monday, 25 June 2018

RUMAH TRADISIONAL MELAYU: Antara Seni, Sains & Realiti

Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

Rumah Tradisional Melayu merupakan antara seni bina terawal yang didirikan di Gugusan Kepulauan Nusantara (Malay Archipelago). Ia telah melalui proses transformasi sejak ribuan tahun yang lalu. Kesenian pertukangannya disampaikan secara turun temurun dari generasi ke generasi. Sehingga kini jejak rumah-rumah tradisional ini masih dapat dilihat dan dikesan di seluruh nusantara samada secara fizikal ataupun yang telah menjadi sebahagian artifak sejarah yang didokumentasikan oleh pelbagai organisasi kerajaan atau swasta dan badan-badan warisan.

Kesenian rumah-rumah tradisional ini adalah sangat unik kerana ia mewakili setiap pecahan etnik Alam Melayu yang terdapat di gugusan kepulauan ini. Namun, sifat fizikal yang dibina mengunakan bahan binaan ringan dari sumber setempat seperti kayu-kayan, buluh, rotan, mengkuang, daun nipah dan sebagainya tidak memungkinkan rumah-rumah ini wujud sehingga ribuan tahun lamanya.

Sehingga kini di Malaysia, rumah tertua yang pernah didokumentasikan oleh Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah Rumah Datuk Baginda Tan Mas Mohar yang terletak di Negeri Sembilan dan dibina sekitar tahun 1850. Kesenian pertukangan rumah-rumah tradisional ini adalah sangat tinggi iaitu merangkumi tiga (3) cabang kesenian iaitu; kesenian susunatur ruang, kesenian kaedah pembinaan dan kesenian adaptasi komponen binaan terhadap iklim setempat.

Kesenian Susunatur Ruang

Yang dimaksudkan dengan kesenian susunatur ruang ialah, perancangan susunatur yang menterjemah sosio budaya masyarakat Melayu. Sebagai contoh; kedudukan ‘serambi’ yang diletakkan di hadapan sekali sebagai ruang umum menyambut tetamu diikuti dengan rumah ibu sebagai ruang utama kekeluargaan dan keraian, adalah menepati keperluan budaya masyarakat Melayu yang mengutamakan layanan terhadap tetamu dan dalam masa yang sama menjaga tahap privasi ahli keluarga mengikut hukum Agama Islam.

Adaptasi Komponen Binaan RTM
Susunatur Ruang RTM

Bagi rumah Melayu yang mempunyai susunatur jenis berkembang (expanded form) perletakkan selang sebagai jambatan penghubung di antara rumah ibu dan dapur adalah berperanan sebagai pintu masuk bagi kaum wanita ketika persiapan kenduri-kendara sedang giat dilakukan. Bilik di dalam rumah tradisional Melayu pula dibina dalam keadaan boleh ditambah dan dikurangkan mengikut keperluan dan jumlah ahli keluarga.

Kolong misalannya berperanan sebagai ruang serbaguna bagi aktiviti kenduri-kendara, aktiviti harian seperti stor simpanan peralatan dan hasil penuaian. Manakala di musim tengkujuh yang selalunya berlarutan sehingga berminggu-minggu, kolong merupakan tempat penting bagi tujuan pengeringan pakaian dan juga tempat pembaikan jala bagi nelayan yang tidak dapat turun ke laut.

Ternyata susunatur ruang di dalam rumah tradisional Melayu adalah merupakan refleksi ke atas cara hidup dan budaya masyarakat Melayu itu sendiri.

Kesenian kaedah Pembinaan

Kesenian kaedah pembinaan tradisional pula berkisar bagaimana sesebuah rumah tradisional itu didirikan dengan menggunakan sumber sedia ada di kawasan sekeliling. Rumah-rumah ini juga mempraktikkan kaedah pembinaan lama yang tidak menggunakan paku melainkan pasak dan tanggam bagi menguatkan dan mengukuhkan binaan tersebut.

Secara asasnya rumah Melayu didirikan dengan menaikkan struktur tiang utama yang dipanggil ‘tiang seri’ terlebih dahulu. Ini diikuti dengan pemasangan ‘rasuk panjang’ dan ‘rasuk pendek’ bagi mengikat kedudukan ‘tiang seri’ kepada tiang-tiang sokongan yang lain. Peringkat ketiga ialah, perletakkan lantai sementara bagi kegunaan kerja-kerja pemasangan ‘alang panjang’ dan ‘alang pendek’ sebelum diikuti dengan ‘tunjuk langit’, ‘alang muda’ dan ‘tulang bumbung’. Peringkat keempat ialah pemasangan komponen bumbung dengan perletakkan ‘kasau jantan’ dan ‘kasau betina’ disusuli dengan pemasangan ‘atap’ dan ‘tebar layar’. Akhir sekali, kayu lantai dipasang diikuti dengan kayu dinding, tingkap, jendela, pintu serta komponen perhiasan fasad yang lain.

Boleh disimpulkan di sini, kaedah pemasangan rumah tradisional Melayu adalah pelopor terawal kepada konsep ‘Sistem Binaan Berindustri’ (Industrialised Building System – IBS) di dunia. Ianya lebih mapan dan lestari berbanding binaan moden yang lain kerana mampu mengatasi masalah banjir besar yang sering melanda rantau ini pada musim tengkujuh. Selain itu rumah tradisonal ini juga boleh dibongkar (dismantle), dipasang semula (reassemble) dan dipindahkan (relocate) samada secara ‘buka dan pasang’ atau diangkat keseluruhannya secara bergotong-royong ke lokasi yang baru. Inilah antara kelebihan kaedah pembinaan tradisional yang menggunakan bahan binaan ringan.

Kesenian Adaptasi Komponen Binaan Terhadap Iklim Setempat

Selain daripada komponen struktur yang dinyatakan sebelum ini, Rumah Tradisional Melayu mempunyai tiga (3) komponen utama iaitu ‘lantai tinggi’ (raised floor), ‘dinding dan bukaan’ (walls and openings) serta ‘bumbung cerun bertingkat’ (doubled slope roof). Keunikan rumah tradisional adalah ianya menggunakan lantai tinggi bertiang. Inilah ciri utama binaan tradisional yang memberi manfaat kepada penghuni bagi mengekalkan keselesaan terma dalaman dan keselamatan daripada bahaya binatang buas dan berbisa.

Dari sudut sains bangunan pula, binaan lantai tinggi mampu mempromosi pergerakan angin (air velocity) di bawah lantai tersebut. Dengan penggunaan kayu lantai jarang (timber gapped floor), angin yang lalu di bawah lantai rumah akan memasuki ruang dalaman bagi membantu proses penukaran dan peredaran udara. Satu kajian yang dilakukan oleh Hanafi (1994) menyatakan bahawa keadaan tanah yang lembab dan basah di rantau ini memerlukan pencahayaan yang mencukupi bagi mengeringkannya. Selain daripada itu, musim tengkujuh tidak hanya membasahkan tanah malah banjir kadang kala berlaku. Oleh itu kaedah lantai tinggi adalah sangat sesuai untuk iklim di rantau ini.

Beberapa kajian lain telah menemukan perbezaan ketinggian lantai rumah tradisional di Semenanjung Malaysia. Kajian tersebut menyatakan bahawa ketinggian lantai rumah tradisonal di Utara Semenanjung adalah lebih tinggi berbanding ketinggian lantai rumah tradisional di bahagian Selatan Semenanjung. Ternyata penemuan tersebut mempunyai asas memandangkan kejadian banjir besar sering berlaku di bahagian Utara Semenanjung Malaysia berbanding Selatan. Adakah ianya kebetulan?

Komponen seterusnya ialah ‘dinding dan bukaan’. Pada fasad rumah tradisional Melayu, jumlah bukaan atau jendela adalah banyak dan menyeluruh iaitu dari paras lantai sehingga hampir ke siling rumah (full-length window). Ketinggian bukaan ini adalah sangat sesuai kerana ianya berada pada paras badan penghuni (at body level). Hassan dan Ramli (2010) merumuskan bahawa faktor keluasan bukaan dengan jumlah tingkap yang banyak beserta ukiran tembus (ornamentation) di atas tingkap di setiap muka fasad mampu meningkatkan peredaran udara yang merentas rumah tersebut (cross ventilation). Situasi ini mampu mengaktifkan proses peredaran udara sejuk bagi menyalur keluar udara panas di dalam rumah.

Komponen terakhir adalah ‘bumbung cerun bertingkat’ (doubled pitch roof) yang berfungsi bagi menyalurkan udara panas keluar melalui rongga di antara bumbung atas dan bawah. Rongga ini membantu membenarkan peredaran udara panas keluar yang terperangkap di ruang dalam bumbung melalui kaedah ‘kesan timbunan’ (stack effect). Manakala penggunaan bahan binaan ringan seperti ‘atap nipah’ membantu menyejukkan bahagian atas bumbung kerana ‘atap nipah’ mempunyai kapasiti terma yang rendah. Bahan ini tidak menyimpan haba dan menyejuk serta merta apabila hari semakin redup.

Di antara ciri reka bentuk bumbung Rumah Tradisional Melayu yang responsif terhadap iklim setempat ialah penggunaan ‘tebar layar’ yang berongga. Seperti ‘bumbung cerun bertingkat’, ‘tebar layar berongga’ juga berfungsi untuk membenarkan pengudaraan yang baik bagi bahagian atas rumah. Selain itu, unjuran bumbung rumah tradisional yang panjang membantu melindungi fasad rumah serta tingkap daripada pancaran terik matahari dan tempias air hujan yang lebat. Perlindungan yang diberikan oleh unjuran bumbung ini membolehkan tingkap dan bukaan sentiasa dibuka walau dalam keadaan hujan lebat dan panas terik.

Realiti Perumahan di Malaysia

Apabila dilihat kepada senario semasa perkembangan projek-projek perumahan di seluruh Malaysia. Boleh dikatakan tiada satu pun konsep perumahan yang mampu menandingi ‘sains kuno’ konsep Rumah Tradisional Melayu. Kelemahan dari segi susunatur ruang yang tidak menjaga privasi penghuni, bahan binaan yang mempunyai kapasiti terma yang tinggi dan elemen-elemen pada fasad yang tidak responsif kepada iklim di Malaysia menampakkan ianya tidak sesuai berada di sebuah negara beriklim tropika. Di manakan peranan Arkitek dalam menangani hal ini? Seharusnya nilai hartanah yang dilaburkan oleh pembeli-pembeli perlu ditandingi dengan kualiti produk yang tinggi yang memberi keselesaan kepada penghuni. Pelajarilah dari generasi terdahulu kerana mereka mampu menghasilkan produk yang lebih baik.

Oleh: Mohd Firrdhaus Mohd Sahabuddin

Tuesday, 19 June 2018

1920-1921: Surau Kampung Batu, Gadong Rembau Negeri Sembilan

Sumber:
Megat Galeriantik/ Zulfadli Maarof/ Ah Yin

Kaum Tatau Sarawak: Etnik yang hilang ditelan zaman

Kaum Tatau

Apakah kita hanya perlu melihat kepada jasa unutk menghargai sesuatu?
Walau bukan berkaitan jasa atau pengorbanan dilakukan demi kepentingan bangsa dan negara, peribahasa ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’ tetap sinonim dengan senario semasa kehidupan satu daripada 42 etnik terkini di Sarawak, iaitu Orang Tatau.

Ini kerana suku kaum tergolong dalam etnik utama Orang Hulu di daerah Tatau di bahagian tengah Bumi Kenyalang itu kini di ambang kepupusan, hanya tinggal lapan orang yang dikatakan benar-benar berdarah minoriti berkenaan, itupun masing-masing sudah memasuki era warga emas. Sungguhpun demikian, nama Tatau tercatat dalam peta Sarawak sebagai sebuah daerah yang kini pesat membangun dengan menjadikan pekan yang juga dikenali dengan nama Tatau - pusat pentadbiran, ekonomi, sosial dan pendidikan kawasan yang berhampiran Bintulu itu.

Selain etnik Tatau, daerah dengan keluasan 4,945.8 kilometer persegi itu, kini didiami sekitar 30,000 penduduk pelbagai kaum, antaranya Iban, Melanau, Cina, Punan, Beketan, Kayan dan Kenyah.

Daerah berkenaan dinamakan sedemikian sempena nama etnik Tatau yang diriwayatkan sebagai imigran pertama meneroka penempatan bermula di hulu sungai, kemudian berpindah randah ke hilir hingga ke kawasan Pekan Tatau kini.

Kewujudan suku kaum dipercayai berasal dari Kalimantan, Indonesia dengan golongan tuanya masih mengamalkan kepercayaan animisme itu kini tidak lagi diketahui ramai melainkan golongan tua termasuk etnik lain di daerah berkenaan.
Malah penulis yang cuba mendapatkan taburan dan kawasan penempatan terkini suku kaum itu daripada sumber Muzium Sarawak sebelum menerjah ke Pekan Tatau dan pedalamannya, juga gagal kerana kekurangan maklumat mutakhir mengenainya.

Penulis yakin suku kaum itu wujud di daerah Tatau kerana pernah mendengar kehidupan mereka yang lazimnya dipanggil Orang Tatau oleh masyarakat tempatan ketika berkhidmat sebagai guru di pedalaman daerah berkenaan kira-kira 28 tahun lalu.

Berbekalkan keyakinan itu, Rumah Jalong yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot dari Pekan Tatau diterjah setelah dikhabarkan ia satu-satunya rumah panjang di daerah berkenaan didiami orang Tatau yang masih ada.

Memang benar keturunan asal suku kaum itu di ambang kepupusan, fikir penulis kerana daripada sejumlah 190 rumah panjang di daerah berkenaan, cuma sebuah didiami etnik Tatau dengan penghuninya seramai 108 orang.

Ketua Kampung atau Tuai Rumah Panjang Jalong, Jalong Ak Anyik, 62, yang akur dengan hakikat itu mengesahkan cuma tinggal lapan orang berketurunan asal orang Tatau, manakala yang lain berdarah campuran berikutan perkahwinan dengan kaum lain.

Beliau salah seorang daripada etnik Tatau asal bagaimanapun, berkata semua penghuni Rumah Jalong dikategorikan Orang Tatau walaupun asalnya suku kaum lain. Jika ada pemuda atau gadis kaum lain berkahwin dengan suku kaum itu dan tinggal di Rumah Panjang Jalong serta mengamalkan cara hidup etnik berkenaan, mereka juga dikira Orang Tatau.

“Berdasarkan cerita lisan orang tua, datuk nenek kami berasal dari Kalimantan, Indonesia dan meneroka kawasan ini sebagai penempatan baru sejak beratus tahun lalu. Pada awalnya keturunan kami sangat ramai, bagaimanapun kini tinggal beberapa kerat saja," katanya ketika ditemui di Rumah Jalong, Tatau yang dinamakan sempena namanya sebagai ketua rumah panjang itu, baru-baru ini.

Sungguhpun cuma sebuah rumah panjang etnik Tatau yang masih tinggal, darah keturunan suku kaum itu dikatakan ‘mengalir’ di mana-mana rumah panjang etnik lain di daerah berkenaan berikutan perkahwinan campur.

Jalong yang juga berkahwin campur dengan perempuan Iban menjelaskan, peristiwa suku kaum itu diserang sejenis penyakit ganjil pada peringkat awal penempatan antara faktor utama keturunannya berkurangan.

Begitupun, populasi etnik Tatau semakin hilang, melainkan namanya terus menjadi sebutan, Jalong yang berpegang kepercayaan pagan berusaha sedaya mampu mengekal cara dan adat resam kehidupan suku kaumnya supaya terus kekal.

Sekalipun dilanda arus pembangunan dan permodenan, katanya, sebagai ketua beliau bertanggungjawab mengekalkan warisan suku kaum sejak berzaman itu, contohnya dari segi cara hidup dan penggunaan bahasa Tatau di kalangan penghuni Rumah Jalong.

Oleh itu, tidak hairanlah jika semua orang rumah panjang itu berusaha menggunakan bahasa Tatau ketika berkomunikasi antara satu sama lain, termasuk di kalangan kaum lain yang menjadi keluarga baru minoriti itu.

“Di kalangan kami terutama dalam perbualan harian, seboleh-bolehnya bahasa Tatau digunakan untuk berhubung, termasuk oleh kaum lain yang berkahwin dengan anak buah saya dan tinggal di rumah panjang ini.

“Mereka mesti cakap bahasa kami. Pada awalnya mereka tidak tahu dan faham tetapi setelah sebulan dua bersama, mereka tahu, faham dan dapat menguasainya dengan baik.

“Bagi orang luar yang datang ke rumah kami atau ketika berinteraksi di tempat lain, lazimnya kami gunakan bahasa yang boleh mereka fahami. Contohnya, jika dengan orang Melayu, bahasa Melayu digunakan, dengan orang Iban, bahasa Iban pula kami gunakan. Begitu juga dengan kaum lain,” katanya.

Jalong berkata bahasa Tatau tidak sukar kerana sebahagian kosa katanya, terutama dari segi bunyi mudah diingat, selain mempunyai persamaan sebutan dengan bahasa suku kaum lain.

Sebagai contoh, katanya, bagi perkataan 'makan' atau 'minum' sesuatu, dalam bahasa Tatau disebut 'kuman asik' untuk makan nasi, 'kuman mi' untuk makan mi, dan 'kuman milo' bagi minum milo.

Ikatan persaudaraan kukuh di rumah panjang

MENCANTUMKAN cerita asal usul penempatan tiga suku kaum tergolong dalam etnik utama Orang Ulu di daerah Tatau, Sarawak, iaitu Tatau, Punan Kakus dan Beketan, terbukti mereka mempunyai hubungan serumpun sejak awal, terutama dari segi keturunan.

Ini kerana sejak peringkat awal penempatan mereka di daerah berkenaan dianggarkan 300 tahun lalu, malah hingga kini pun, masih berlaku perkahwinan campur antara pemuda dan gadis tiga suku kaum itu.

Sehubungan itu, tidak hairanlah jika ada Orang Tatau yang menyatakan saudara mereka tinggal di rumah panjang suku kaum Punan Kakus atau Beketan yang juga mendiami kawasan tepi Sungai Tatau serta dua lagi sungai di hulu daerah berkenaan, iaitu Sungai Kakus dan Sungai Anap.

Seperti Orang Tatau, seseorang dari suku kaum lain juga dianggap etnik Punan Kakus jika tinggal di rumah panjang sama dan mengamalkan cara hidup minoriti itu, begitu juga dengan suku kaum Beketan.

Tuai Rumah Panjang Ado yang mengetuai etnik Punan Kakus, Ado anak Bilung, 53, berkata sejak awal penempatan minoriti berasal dari Belaga di daerah Tatau juga membabitkan perkahwinan ketua kaumnya dengan anak perempuan orang kenamaan suku kaum Tatau.

“Sewaktu nenek moyang kami berhijrah ke sini (daerah Tatau), Orang Tatau sudah ada... lalu raja kami berkahwin dengan puteri orang besar kaum Tatau. Sebab itulah dari segi keturunan sekarang, walaupun berlainan etnik, ada yang bersaudara.

“Keadaan ini berterusan, perkahwinan bukan saja membabitkan Orang Tatau atau Beketan, malah kaum lain juga ada yang berkahwin dengan suku kaum Punan Kakus,” katanya.

Kebanyakan perkara khususnya membabitkan adat, kebudayaan dan kepercayaan ketiga-tiga suku kaum itu juga tidak jauh berbeza dan mereka juga saling memahami terutama dari segi adat resam dan cara hidup.

Bagi menjaga kebajikan serta menjalankan pelbagai urusan berkaitan Orang Ulu di daerah Tatau yang juga merangkumi suku kaum Kayan dan Kenyah, seorang daripada etnik terbabit dilantik kerajaan sebagai ketua, kini Penghulu Sanok.

Bekas guru besar beberapa sekolah rendah yang juga penduduk tempatan, Salamun Ibrahim, mengesahkan perkara itu berlaku kerana beliau sendiri yang berketurunan Melanau Muslim mempunyai saudara mara dekat di kalangan etnik Tatau.

Sumber: FB Rahman Nanyan

Pekan Yang Lenyap: ISTANA BILLAH

PEKAN YANG LENYAP

Papan: Sebuah Pekan Purbawara Di Perak

Papan adalah sebuah pekan klasik yang terletak berhampiran Batu Gajah, Perak. Sewaktu zaman kegemilangan bijih timah, pekan ini membangun dengan pesat hasil daripada kegiatan perlombongan tersebut. Namun kini, pekan ini telah semakin ditinggalkan walaupun masih lagi terdapat penduduk yang tinggal di sini. Terdapat banyak bangunan dan rumah usang yang terbiar dan nampak klasik. Difahamkan sejarah pekan Papan berkait dapat dengan masyarakat Mandahiling dengan kewujudan sebuah Istana lama dan surau yang begitu rustic
Istana Billah merupakan sebuah rumah agam yang asalnya dimiliki oleh seorang kerabat DiRaja Mandailing iaitu Raja Billah. Raja Billah adalah 'orang yang berpengaruh' dan kaya, beliau telah membina rumah agam, yang lalu lebih dikenali sebagai Istana Billah yang berdiri utuh ditepi Sungai Perak.
Istana Billah mempunyai reka bentuk sebuah rumah agam papan yang mengagumkan, dekoratif seni reka dalaman juga dilihat kemas sebagai suatu bentuk kesinambungan seni reka rumah besar raja masyarakat Mandailing ataupun Bagas Godang.

Istana ini terletak di atas sebuah bukit, rumah agam yang tersergam indah, dan sangat bagus tentu sesuai dengan persona bermaruah pemilik pertama - Raja Billah, bangsawan DiRaja yang berketurunan Sumatera, yang membuat rumahnya Perak dan sebagai tempat menghabiskan saki baki kehidupannya yang terakhir. Pembinaan istana ini telah selesai pada 1896, villa berkembar ini dilihat sebagai bangunan yang terbesar di Pekan Papan, Perak.

Terletak di sebelah rumah kayu yang berusia 128-tahun, (kini dikenali sebagai Rumah Asal), menghadap Masjid Lama Papan, rumah agam itu, yang kini dirujuk sebagai Besar Rumah, telah dibina oleh Raja Billah apabila beliau diangkat sebagai penghulu Papan. Berdasarkan kenyataan pakar sejarah Mandailing tempatan iaitu Abdur-Razzaq Lubis kepada New Straits Times, apabila Raja Billah dan pengikutnya telah mencapai beberapa ukuran kemakmuran, keprihatinan beliau mula bercambah bagi memastikan masa depan masyarakat Mandailing di Perak kekal terpelihara pada jangka masa yang lama. "Walaupun kebanyakan masyarakat Mandailing meninggalkan Papan pada akhir tahun 1890-an, Raja Billah mengekalkan visi beliau bahawa ia akan menjadi pusat komuniti di Kinta.

"Rumah Besar boleh disamakan dengan Bagas Godang, kediaman rasmi Raja Mandailing yang terletak di tengah-tengah tanah Mandailing, di Sumatera. Demi kasihnya kepada sejarah Mandailing di Perak khususnya, Abdur-Razzaq, bersama isterinya Khoo Salmah Nasution, juga telah menulis sebuah buku sejarah awal Mandailing di Malaysia yang diberi nama "Raja Billah dan Mandailing di Perak: 1875-1911".

Senibina:
Menurut Abdur-Razzaq, Rumah Besar Raja Bilah kelihatan hampir serupa dengan rumah-rumah besar golongan bangsawan Melayu dan pelombong Cina Kinta. Tetapi keadaan seni reka dalaman rumah adalah berbeza. Di tingkat bawah, terdapat sebuah ruangan besar dengan kolum berbentuk segi lapan dan satu platform yang dibangkitkan (pangkin). Dalam seni bina Mandailing, ruangan lapan sisi yang melambangkan bahawa bangunan itu telah didirikan dengan sokongan orang-orang dari lapan arah kompas.

Di tingkat atas, terdapat beberapa bilik tetamu dan ruangan besar yang lain.

Fungsi:
Hakikatnya, Rumah Besar lebih berfungsi seperti Sapo Godang (satu rumah persidangan bagi para bangsawan dan orang yang lebih tua dari Masyarakat Mandailing) berbanding Bagas Godang yang lebih kepada sebuah kediaman Raja. Abdur-Razzaq juga mendakwa bahawa tidak Raja Bilah mahupun mana-mana ahli keluarga lain yang pernah berpindah ke Rumah Besar (menetap seakan-akan rumah kediaman).

Dari segi sejarah, ia telah digunakan untuk majlis perkahwinan, perayaan-perayaan dan majlis-majlis lain. Namun yang paling penting, motif utama pembinaan Rumah Besar (Istana Billah) ini adalah sebagai pusat musyawarah dan pertemuan bagi masyarakat Mandailing dan kaum Muslim dari wilayah Kinta Barat. Kebanyakkan dari mereka akan bertemu dengan Raja Billah bagi membincangkan masalah yang dihadapi dan mengutarakan cadangan-cadangan pembangunan khususnya selepas Solat Jumaat di Masjid Lama Papan.

Selaras dengan hasrat Raja Billah, Rumah Besar (Istana Billah) dan segala barangan dan perkakas didalamnya telah diberikan kepada keturunannya serta menjadi bahan-bahan waqaf.

Pembinaan:
Abdur-Razzaq berkata bahawa sebelum kerja-kerja dimulakan, doa khusus telah dibuat dan satu hari bertuah dipilih untuk mula membina rumah, sambil menambah bahawa segenggam tanah dari tanah air Mandailing ditabur di atas asas rumah agam itu.

"Walaupun dibina terutamanya oleh pakar pembinaan berbangsa Cina, masyarakat Mandailing turut menyumbang dalam pembinaannya, masyarakat Mandailing turut membantu membina rumah bersama dengan penghulu mereka. Dipercayai gajah mungkin telah digunakan untuk mengangkat rasuk kayu yang besar."
Satu pejabat penghulu telah dibina ke dalam dinding banir di sepanjang sisi dari sebuah bukit, dan ini adalah selepas itu dikenali sebagai Balai Penghulu.

Tanggapan:
Menurut Abdur Razzaq, keturunan Raja Bilah telah sentiasa dipanggil di majlis dewan Rumah Besar, tetapi sejak kebelakangan ini, ia telah datang yang dikenali sebagai Istana Raja Bilah, dalam tanggapan yang salah bahawa Raja Bilah adalah Raja Melayu dan rumahnya itu adalah istana hinggapnya. Namun, pada hakikatnya Rumah Besar (Istana Billah) bukanlah rumah kediaman Raja Billah yang sebenar.

Menurut Saadiah Kamaruddin, cicit Raja Billah, yang kini tinggal di Rumah Asal: "Ibu saya memberitahu saya bahawa dewan besar di tingkat bawah telah digunakan untuk kenduri, mesyuarat dan majlis lain, ia juga menjadi taman permainan saya apabila saya seorang gadis kecil. "Saadiah, 69, berkata lelaki akan makan di pangkin di hujung dewan selepas Solat Jumaat di Masjid Lama Papan. Ia merupakan masjid lama yang hanya tinggal di bandar dan masih berdiri tinggi, walau bagaimanapun ia tidak lagi digunakan apabila kebanyakan keluarga bermigrasi keluar dari Papan selepas tahun 1910.

Kini Rumah Besar sentiasa dikunci dan hanya akan dibuka apabila ia memerlukan pembersihan atau atas permintaan ahli-ahli keluarga dan pengunjung.

Istana Billah dan misteri:
Penduduk di sekitar Istana Billah ini sebilangan daripadanya menganggap rumah ini mempunyai pelbagai misteri dan fenomena yang aneh, ini dibuktikan dengan usia rumah ini yang begitu lama, usang dan jarang diurus dengan baik oleh waris-waris keturunan Raja Billah, masyarakat Mandailing ataupun pihak berkuasa. Terdapat pintu zink dan berpagar berkunci yang mengelilingi halaman rumah agar orang luar tidak mencerobohinya dari melakukan aktiviti tidak bermoral.

Ada dakwaan dari penduduk sekitar yang menyatakan Masjid Lama Papan yang terletak bersebelahan Istana Billah ini akan membunyikan beduk dan azan dengan sendiri walaupun tidak ada orang yang melakukan perkara tersebut, ini kerana masjid tersebut adalah masjid lama dan usang dan sudah tidak digunakan lagi untuk tujuan pengibadatan khusus masyarakat sekitar.
Istana Billah juga turut terkenal dengan fenomena paranormal dan kewujudan makhluk halus seperti yang pernah digembar-gembur menerusi penghasilan drama produksi televisyen Warkah Terakhir dan juga filem dokumentari Penunggu Istana yang mendapat tayangan meluas di panggung wayang di seluruh Malaysia.

Sumber: FB Rahman Nanyan

Monday, 18 June 2018

Kampung Morten Melaka

Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Walaupun kepesatan pembangunan di sekelilingnya dengan bangunan pencakar langit namun ianya tidak menjejaskan tradisi dan kemelayuanya. Apa yang kita dapat lihat sebahagian fasad senibinanya masih kekal sebagai sebuah rumah tradisional Melaka. Sebahagian kecilnya rumah-rumah ini telah dibina tanpa menggunakan paku dan banyak tanggam dan ukiran kayu telah digunakan. Keunikan rumah tradisional Melaka adalah pada tangga batunya yang unik dan memberi kesinambungan kepada hukum senibina pada rumah tersebut. Simbol"selamat datang" pada tangga batu tersebut terserlah apabila ianya dibina menggunakan konkrit dan hiasan dari jubin-jubin yang pelbagai warna dan bantuk.
Rumah-rumah tradisional Melaka ini pastinya dibina dengan menggunakan alat pertukangan tradisional seperti "Ketam Kayu" dan lain-lain lagi. Kumai pada tiang-tiang dan jenang pintu, tingkap serta lantai amat jelas bahawa ketam kayu merupakan alat pertukangan terpenting ketika dulu.

Oleh: Osman Ahmad.18 Jun 2018.Kg Morten Melaka.

Wednesday, 13 June 2018

1950: Batu Giling Arwah Tok

Alfatihah untuk arwah tok...setiap kali aku pulang ke kampung Pondok Tanjung Taiping Perak, batu giling ini lah yang mengjadi penghibur hati kami sekeluarga dan sepupu-sepupu aku yang lain. Selain ianya digunakan untuk menggiling cili dan rempah ratus masakan, digunakan juga untuk menggiling inai. Aku masih ingat lagi pokok inai ini ditanam di tepi telaga di belakang rumah tok. Belakang rumah tok terdapat sungai yang jaraknya hanya 15-20 kaki dari rumah. Alhamdullilah batu giling ini masih disimpan oleh keluargaku di Pahang. Kini batu giling tidak lagi digunakan dengan adanya revolusi peralatan eletronik yang serba ringkas dan memudahkan segala urusan dapur seperti mesin pengisar dan sebagainya.

Terima kasih tok kerana adanya Batu Giling ini mampu mengembalikan detik manis kenangan kekeluargaan kita semua.

Alfatihah untuk arwah tok: Enah Binti Haji Mansor

Tuesday, 12 June 2018

1990: Dam Tikar

Masih sempurna dam tikar ne...bila time raya biasanya kami buka...harga dlm rm15 dan untung bersih boleh capai rm 15-25...seposen untuk 2 daun...memang ketagih dam tikar ne

Monday, 4 June 2018

5 Jan 1971: Kuala Lumpur Flood

Sumber: Andy Goh & Maxeemillian Sv

1920: Petaling Street Kuala Lumpur

Sumber: Andy Goh

1963: Muzium Negara under construction

Sumber: Andy Goh

1965: Tapak Masjid Negara Kuala Lumpur

Sebelum pembinaan Masjid Negara pada tahun 1965, tapak tu adalah sebuah gereja yang dibina pada 1922 yang diberi nama Venning Road Brethren Gospel Hall Church.

Sumber: Shahril Asnawi
Photo: Andy Goh

1959: University Hospital Petaling Jaya Selangor

Sumber: Andy Goh

1984: Perjanjian Peneroka dengan FELDA

Perjanjian antara Peneroka dan FELDA
(Felda Chini 2)
Ahmad Bin Hj Mansor (Arwah Abah)

Osman Bin Ahmad
5 Jun 2018

1951: Funaral procession of Sir Henry Gurney

Sumber: Andy Goh

Kuala Lumpur Ice Water Stall (Usahawan Hiliran)

Ekonomi berkembang dengan wujudnya usahawan hiliran yang membantu mencairkan nilai pasaran di Kuala Lumpur selain aktiviti perlombongan dan peruncitan.

Photo: Andy Goh

1960: Jalan Cheng Lock (Foch Aveneu)

Sumber: Andy Goh

1960: Central Market

Sumber: Andy Goh

1937: Jalan Hang Tuan front of Pudu Jail Circa

Sumber: Andy Goh

1930: Royal Selangor Club

Sumber: Andy Goh

1980: Chow Kit Kuala Lumpur

Sumber. Andy Goh

1980: Anuar Ibrahim

Sumber: Andy Goh

1950: Sungai Besi Airport

Sumber: Andy Goh

1930: Central Market

Sumber: Andy Goh

1970: Jalan Syed Putra (Sungai Klang)

Now here is Midvalley. Befor this here located Sek. Keb. Seputih, Flat Sri Putra.

Sumber: Andy Goh

1956: Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM)

Sumber: Andy Goh

PKNS Petaling Jaya (New Town)

Jalan Sultan / Jalan Penchala. View at Pejabat Pos Serahan Jalan Sultan.

Sumber: Andy Goh

Pekeliling Flat Kuala Lumpur

Sumber: Andy Goh

1930: Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Central Market, Petaling Street

Sunber: Andy Goh

Tugu Negara

Sumber : Andy Goh

1970: Bintang Lounge at The Faderal Hotel

Sumber : Andy Goh

LIKE PAGE : https://www.facebook.com/wilayahmedia
FOLLOW Twitter : https://twitter.com/WilayahMedia
Follow Instagram : https://instagram.com/wilayahmedia
#wilayahmedia #kualalumpur

1970: Subang Airport Terminal 1

Sumber: Andy Goh

LIKE PAGE : https://www.facebook.com/wilayahmedia
FOLLOW Twitter : https://twitter.com/WilayahMedia
Follow Instagram : https://instagram.com/wilayahmedia
#wilayahmedia #kualalumpur