Monday, 6 February 2017

Duit Yassin 7



Duit syiling  7 Yassin.
Asal-usul Duit Yassin.
Dari sumber yang diperolehi daripada http://www.malaysiancoin.com, duit Yassin yang asli asalnya daripada Indonesia. Duit ini dibawa ke tanah melayu "kosong" tidak ada khadamnya dan apabila ianya sampai ke tanah melayu, duit ini akan diisi dengan khadam (jin atau syaitan) menurut kehendak pemakainya. Biasanya ada yang meminta supaya dilariskan jualan, menjadi kebal, sebagai pelindung dari sihir (santau) serta kejahatan dan juga menjadi kuat.

Buku "Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula" oleh Joe Cribb dan diterbitkan oleh British Museum ada memasukkan duit syiling ini didalam buku tersebut. Penulisannya adalah berdasarkan duit syiling koleksi Sir Thomas Stamford Raffles yang berbentuk syiling di British Museum. Ini sedikit sebanyak memberitahu kita, pada tahun 1800 duit ini telah wujud.

Duit syiling Yassin ini hanyalah salah satu duit fantasi yang dibuat untuk tujuan mistik dan digunakan sebagai tangkal & azimat (charm). Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila gambar manusia yang ada didalam duit syiling itu dikatakan menyerupai Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Ismail, Nabi Isa, Nabi Khidir serta tahun pada duit syiling itu diletakkan tarikh-tarikh penting didalam kehidupan Nabi dan Rasul Allah tersebut.

Ramai yang beranggapan yang duit syiling ini digunakan ketika zaman nabi lagi dan tanggapan itu adalah silap. Mustahil ianya digunakan pada zaman nabi tetapi tidak ada rekod ditemui di negara lain. Setakat ini hanya ditemui di Malaysia dan Indonesia sahaja.

Jenis-jenis duit yasin:

- Yassin 1
- Yassin 3
- Yassin 5
- Yassin 7
- Yassin 9
- Yassin Wali 7
- Yassin nabi nuh
- Yassin tongkat
- Yassin Merak
- Yassin Shadah
- Bahtera Nabi Nuh

Kesimpulan

Perbuatan menyimpan duit syiling ini dengan tujuan dipuja untuk mendapat kekayaan, disimpan bertujuan untuk melindungi diri dari sihir dan kejahatan adalah satu perbuatan yang syirik dan khurafat.
Duit ini bukan duit syiling, ianya hanya medallion yang digunakan oleh pengamal perubatan dan peminat mistik untuk tujuan yang hanya mereka tahu.

Ianya tidak pernah digunakan pada zaman para Nabi dan Rasul. Tahun yang ditulis di duit itu mungkin berusia sehingga 400 tahun. namun, ianya hanyalah fantasi yang dibuat oleh perekanya. Buku numismatik: "Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula" oleh Joe Cribb.

No comments:

Post a Comment