Monday, 20 February 2017
Tuesday, 7 February 2017
1969: Tragedi 13 Mei - Laporan MAGERAN
Buku laporan MAGERAN ( Majlis Gerakan Negara ) berkenaaan Tragedi hitam 13 Mei 1969. Maklumat ini hanya untuk perkongsian maklumat (ilmu) dan tiada niat untuk memperkecilkan/ mempersendakan mana-mana kaum yang ada di Negara ini.Generasi baharu WAJIB ambil tahu kerana " Kita Sayang Malaysia"
Monday, 6 February 2017
Duit Syiling Keris Silang 4 Sahabat Nabi S.A.W
Stamford Raffles & The Magic Medallion
Pada tahun 1823,Raffles menulis sepucuk surat,antaranya berbunyi: “…saya berharap jika mati di sana (Singapura),jasad saya akan mendapat perhormatan bersemadi bersama dengan jasad/abu raja-raja Melayu.” Joe Cribb,seorang pakar numismatik (berkaitan koleksi matawang,token dan medal) telah menghabiskan masa selama 20 tahun untuk mengkaji koleksi medalion yang tersimpan di British Museum,milik Stamford Raffles,Gabenor-Jeneral di Jawa bagi pihak British dan dikenali sebagai pengasas Singapura Moden.Medalion itu bukan sebarang syiling,ia mengandungi maksud-maksud tertentu,yang digunakan bagi tujuan mistik.Apakah yang dicari oleh seorang Master Mason yang ditahbiskan di Lodge De Vriendschap ini?
Sumber:http://mistisfiles.historiansecret.com
Duit Yassin 7
Duit syiling 7 Yassin.
Asal-usul Duit Yassin.
Dari sumber yang diperolehi daripada http://www.malaysiancoin.com, duit Yassin yang asli asalnya daripada
Indonesia. Duit ini dibawa ke tanah melayu "kosong" tidak ada khadamnya
dan apabila ianya sampai ke tanah melayu, duit ini akan diisi dengan
khadam (jin atau syaitan) menurut kehendak pemakainya. Biasanya ada yang
meminta supaya dilariskan jualan, menjadi kebal, sebagai pelindung dari
sihir (santau) serta kejahatan dan juga menjadi kuat.
Buku "Magic coins of Java, Bali, and
the Malay Peninsula" oleh Joe Cribb dan diterbitkan oleh British Museum
ada memasukkan duit syiling ini didalam buku tersebut. Penulisannya
adalah berdasarkan duit syiling koleksi Sir Thomas Stamford Raffles yang
berbentuk syiling di British Museum. Ini sedikit sebanyak memberitahu
kita, pada tahun 1800 duit ini telah wujud.
Duit syiling
Yassin ini hanyalah salah satu duit fantasi yang dibuat untuk tujuan
mistik dan digunakan sebagai tangkal & azimat (charm). Oleh itu,
tidaklah menghairankan apabila gambar manusia yang ada didalam duit
syiling itu dikatakan menyerupai Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Ismail,
Nabi Isa, Nabi Khidir serta tahun pada duit syiling itu
diletakkan tarikh-tarikh penting didalam kehidupan Nabi dan Rasul Allah
tersebut.
Ramai yang beranggapan yang duit
syiling ini digunakan ketika zaman nabi lagi dan tanggapan itu adalah
silap. Mustahil ianya digunakan pada zaman nabi tetapi tidak ada rekod
ditemui di negara lain. Setakat ini hanya ditemui
di Malaysia dan Indonesia sahaja.
- Yassin 1
- Yassin 3
- Yassin 5
- Yassin 7
- Yassin 9
- Yassin Wali 7
- Yassin nabi nuh
- Yassin tongkat
- Yassin Merak
- Yassin Shadah
- Bahtera Nabi Nuh
Kesimpulan
Perbuatan menyimpan duit syiling
ini dengan tujuan dipuja untuk mendapat kekayaan, disimpan bertujuan
untuk melindungi diri dari sihir dan kejahatan adalah satu perbuatan
yang syirik dan khurafat.
Duit ini bukan duit syiling, ianya
hanya medallion yang digunakan oleh pengamal perubatan dan peminat
mistik untuk tujuan yang hanya mereka tahu.Ianya tidak pernah digunakan pada zaman para Nabi dan Rasul. Tahun yang ditulis di duit itu mungkin berusia sehingga 400 tahun. namun, ianya hanyalah fantasi yang dibuat oleh perekanya. Buku numismatik: "Magic coins of Java, Bali, and the Malay Peninsula" oleh Joe Cribb.
1950: Gambar Lama "Chartered Bus" Taiping
Sunday, 5 February 2017
1960-1990: Kad Pengenalan
1960: Kad Pengenalan ini baharu diperkenalkan sehingga tahun 1990 setelah rekabentuk baharu mula dikeluarkan.
Friday, 3 February 2017
2000: Duit Syiling Malaysia
Tahun: 2000
Nilai : 20 Sen
Negara: Malaysia
Kecacatan ketika proses cetakan berlaku. Syiling ini amat unik kerana ianya dikelurkan pada tahun 2000 dan juga nilainya 20 sen. Harga yang dilelong bermula dengan RM 200,020.00.
Subscribe to:
Posts (Atom)