Inilah hadiah yang pertama dapat apabila keluarga berhijrah dari Perak ke Pahang.Hadiah ini semperna sukan rakyat yang telah disertai oleh arwah abah...
Tuesday, 29 May 2018
19567: Vespa
Piago diasaskan di Genoa tahun 1884 oleh Rinaldo Piaggio pada ketika itu beliau berusia 20 tahun.
Produk pertama dihasilkan oleh syarikat ini adalah membuat kemasan kapal-kapal persiaran mewah, gerabak keretapi, van barangan, bas-bas mewah, enjin, tram dan badan trak untuk kegunaan khas.
Perang Dunia I telah mengubah halatuju syarikat ini dengan menghasilkan pesawat terbang. Mereka membeli kilang baharu di Pisa dan selepas 4 tahun mereka mengambil alih sebuah kilang kecil di Pontedera sehingga menjadi pusat pengeluaran utama kipas aeronatik (kipas, enjin dan pesawat) dan kelahiran VESPA ini selepas Perang Dunia II.
9 Mei 2018 (Rabu): Pilihan Raya Umum Ke-14. Sejarah Malaysia Baharu
Hari ini dalam sejarah. Bahang pilihan raya ke-14 kali ini amat mendebarkan pada semua rakyat Malaysia. Parti yang bertahan selama lebih 60 tahun (Barisan Nasional) akhirnya menerima sunami yang besar menyebabkan mereka tewas di gelanggang politik. Hari ini Kerajaan Baharu telah memerintah (Pakatan Harapan) dengan penuh berkeyakinan dan sokongan oleh rakyat Malaysia yang benar-benar inginkan perubahan.
1956: Lencana Melati Hadrah Sibu Sarawak
Lencana sebuah persatuan NGO yang menunjukan perkembangan islam telah bertapak sekian lama di kepulauan Borneo. Pergerakan syiar islam ini berasal daripada rumpun nusantara di Indonesia. Syiar islam ini terus berkembang meluas di Brunei.
1945 Topi Minyak Gas Shell (Miri)
1945: Topi keselamatan ini digunakan oleh pekerja-pekerja minyak dan gas yang ditemui di Miri Sarawak. Telaga minyak ini merupakan yang pertama ditemui di Tanah Melayu (Kepulauan Borneo) yang dikendalikan oleh syarikat Shell Ltd.
Tuntutan Mahkamah Kes Penipuan
Bagi mereka yang mengetahui makluk pendusta ini dimana boleh hubungi saya segara.