Thursday 15 August 2024

TERRAMALAI "Tanah Senibina Melayu"

TERRAMALAI --  dalam bahasa suskrit, ia bermaksud ' Tanah Senibina Melayu '  ( The Land of Malay Archictecture . 
Lokasi : Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu. Boleh dilawsti mahupun menginap  yang ingin menikmati rumah rumah lama yang berusia lebih dari 100 tahun usianya. 
Keunikan Terramalai ialah menghimpunkan 11 buah rumah tradisional Melayu dari seluruh negeri di atas tapak yang berkeluasan 1, 012 hektar dan namun begitu terdapat juga 5 buah istana lama. 
Diusahakan oleh Alex Lee Yun Ping ( Cina peranakan ) yang sangat berminat akan rumah  rumah melayu klasik.  
    
    Terramalai ini ialah usahanya sejak tahun 90an lagi sebagai projek kedua selepas kejayaannya mengusahakan  Terrapuri Herittage di Kampung Mangkuk, Setiu.  Ia menjadi tumpuan pelancong  dengan kerjasama badan pelancongan negeri Terengganu. 

Rumah Tok Ayah Permatang Sg Dua

Sebuah rumah tradisional Melayu Pulau Pinang,
masih cantik terjaga rapi sebagai warisan seni bina yang cantik. Terletak di Permatang Sungai Dua, Seberang Prai,  dikenali dengan nana ' rumah Tok Ayah '. Tahniah kepada pemiliknya .